awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan skuad wusyu bukti keberkesanan pelaburan kerajaan - Hannah

Bernama
Bernama
11/09/2025
05:32 MYT
Kejayaan skuad wusyu bukti keberkesanan pelaburan kerajaan - Hannah
Hannah berkata kejayaan itu adalah hasil pelaburan Kerajaan MADANI melalui MSN yang memperuntukkan sebanyak RM4,335,122 kepada sukan wusyu pada tahun ini. - Foto FB Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan kejayaan skuad wusyu negara meraih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa di Kejohanan Wusyu Dunia 2025 di Brazil sebagai bukti keberkesanan pelaburan berterusan kerajaan dalam pembangunan sukan itu.

Ringkasan AI
  • Skuad wusyu Malaysia raih 5 emas, 1 perak, 2 gangsa di Kejohanan Wusyu Dunia 2025 di Brazil.
  • Hannah Yeoh: Kejayaan hasil pelaburan RM4.3 juta oleh Kerajaan MADANI melalui MSN untuk pembangunan sukan wusyu.
  • Latihan berkualiti & kebajikan atlet seperti latihan di China, jurulatih berpengalaman dan elaun stabil jadi kunci kejayaan.

Beliau berkata kejayaan tersebut adalah hasil pelaburan Kerajaan MADANI melalui Majlis Sukan Negara (MSN) yang memperuntukkan sebanyak RM4,335,122 kepada sukan wusyu pada tahun ini.
"Kejayaan yang dilakar hari ini membuktikan bahawa pelaburan berterusan, latihan berkualiti dan sokongan menyeluruh adalah kunci utama kepada peningkatan prestasi atlet.
"Air mata Tan Cheong Min, misalnya, melambangkan perjalanan 12 tahun beliau dalam skuad wusyu negara dengan detik persiapan penting melalui latihan tiga bulan di China," katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.
Pingat emas Malaysia disumbangkan oleh Si Shin Peng menerusi acara jianshu dan qiangshu lelaki, Tan Cheong Min dalam nangun wanita, gandingan Lee Jia Rong dan Pang Pui Yee dalam duilian wanita serta Jia Rong dalam acara daoshu wanita.
Hannah berkata kejayaan itu juga membuktikan bahawa apabila kebajikan atlet diberikan keutamaan melalui latihan saintifik, bimbingan jurulatih berkualiti, elaun stabil dan perancangan jangka panjang, ia mampu melahirkan atlet yang lebih bahagia serta berprestasi tinggi.
Beliau yakin dengan kesinambungan pelaburan sebegini, Malaysia bukan sahaja berpotensi menjadi kuasa besar dalam wusyu, malah berupaya melonjakkan pencapaian sukan lain di pentas dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejayaan skuad wusyu negara
#Kejohanan Wusyu Dunia 2025
#raih emas
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan