SUKAN
Kejohanan Akuatik Dunia tunda acara renang terbuka wanita 10km di Singapura akibat kualiti air
Ujian susulan dan penilaian kualiti air akan terus dijalankan di lokasi pertandingan, World Aquatics dan Jawatankuasa Penganjur Singapura 2025 akan menentukan sama ada keadaan selamat untuk meneruskan acara pada tarikh baharu. - Foto World Aquatics
SINGAPURA: Acara renang terbuka wanita 10 kilometer sempena Kejohanan Akuatik Dunia yang dijadual berlangsung Selasa di Sentosa, Singapura ditunda berikutan isu kualiti air.
Dalam satu kenyataan, badan induk sukan akuatik dunia, World Aquatics memaklumkan keputusan itu dibuat demi memastikan keselamatan dan kesihatan para atlet.
Penangguhan itu diputuskan selepas semakan bersama wakil World Aquatics, Jawatankuasa Penganjur Singapura 2025, Jawatankuasa Perubatan Sukan World Aquatics serta Jawatankuasa Teknikal Renang Terbuka World Aquatics.
"Meskipun ujian yang dijalankan sejak beberapa hari lalu menunjukkan kualiti air di lokasi pertandingan berada dalam paras yang diterima, analisis sampel bertarikh 13 Julai menunjukkan bacaan melebihi tahap yang ditetapkan," menurut kenyataan badan itu.
Acara yang sepatutnya bermula pada 8 pagi Selasa kini dijadual berlangsung pada 10.15 pagi Rabu.
World Aquatics menjelaskan bahawa ujian susulan dan penilaian kualiti air akan terus dijalankan di lokasi pertandingan, dengan World Aquatics bersama Jawatankuasa Penganjur Singapura 2025 akan menentukan sama ada keadaan semasa selamat untuk meneruskan acara pada tarikh baharu.
"World Aquatics kesal atas segala kesulitan yang timbul akibat penangguhan ini dan menghargai komitmen serta persiapan semua atlet, jurulatih dan pasukan yang terlibat," menurut kenyataan itu.
World Aquatics menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan peserta kekal menjadi keutamaan dalam sebarang keputusan berkaitan pertandingan.
Kejohanan Akuatik Dunia 2025 di Singapura berlangsung dari 11 Julai hingga 3 Ogos, melibatkan acara polo air, terjun, renang artistik, renang air terbuka dan terjun tinggi.
-- BERNAMA