Kejohanan Berbasikal Dunia: Nurul Izzah, Anis Amira pulang awal

Bernama
Ogos 7, 2023 23:00 MYT
Kejohanan lapan hari yang bermula 1 Ogos lalu itu menyaksikan pelumba British Emma Finucane, mendahului catatan pada Isnin dengan 10.234s. - Foto ihsan UCI Cycling World Championships
KUALA LUMPUR: Dua pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi gagal melepasi pusingan kelayakan acara pecut elit wanita di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, pada Isnin.
Nurul Izzah yang mencatatkan 11.183 saat (s) menduduki tempat ke-31, manakala Anis Amira yang mencatatkan 11.410s di tempat ke-33 daripada 36 pelumba pada acara yang berlangsung di Velodrom Sir Chrtis Hoy.
Pelumba British Emma Finucane, mendahului catatan Isnin dengan 10.234s.
Empat pelumba terbaik layak ke pusingan kedua secara automatik, manakala mereka yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima hingga ke 28, layak ke perlumbaan pusingan pertama.
Kejohanan lapan hari ini yang bermula dari 1 Ogos, akan berakhir pada Rabu (8 Ogos).
-- BERNAMA
#Nurul Izzah Izzati Mohd Asri #Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 #pelumba basikal #Glasgow