awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Berbasikal Trek Asia: Fadhil Zonis raih pingat perak

Bernama
Bernama
20/06/2022
22:34 MYT
Kejohanan Berbasikal Trek Asia: Fadhil Zonis raih pingat perak
Perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi itu menyaksikan Muhammad Fadhil mencatat masa 1 minit 01.639 saat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis berjaya merangkul pingat perak dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, India, semalam.
Perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi itu menyaksikan Muhammad Fadhil mencatat masa 1 minit 01.639 saat (s).
Yuta Obara dari Jepun menjuarai acara itu dengan catatan 1:01.118s manakala pelumba tuan rumah Ronaldo Singh Laitonjam meraih gangsa selepas mencatatkan 1:01.798s.
Sementara itu juara acara 500 meter ujian masa Nurul Izzah Izzati Mohd Asri gagal meneruskan prestasi cemerlangnya selepas tersingkir di peringkat suku akhir acara pecut individu wanita.
Nurul Izzah tewas 1-2 kepada Park Ji Hae dari Korea Selatan manakala seorang lagi wakil negara, Anis Amira Rosidi juga tumbang dengan keputusan sama, kepada rakan senegara Ji Hae, Cho Sunyoung.
Kategori junior pula menyaksikan Zulfahmi Aiman Zulkarnain turut membawa pulang pingat perak bagi perlumbaan scratch lelaki.
Kim Hwarang dari Korea Selatan memenangi emas manakala pelumba India, Birjit Yumnam menamatkan saingan dengan pingat gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Fadhil Mohd Zonis
#kejohanan berbasikal trek asia
#basikal
#Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan