Terkini: Kes Pelajar Jatuh dari Asrama di Sabak Bernam – Ikuti perkembangan di sini
SUKAN

Kejohanan Dunia 2025: Jun Hao mara ke pusingan kedua, Jin Wei kandas

Bernama 26/08/2025 | 22:20 MYT
Jun Hao (gambar) bakal berdepan cabaran lebih sukar apabila menentang pemain pilihan ke-14 kejohanan dari Jepun, Kenta Nishimoto. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2025 selepas melepasi cabaran pusingan pertama di Paris, Perancis semalam.

Beraksi di Adidas Arena, pemain ranking ke-25 dunia itu hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan wakil Switzerland, Tobias Kuenzi dengan kemenangan straight set, 21-12 dan 21-14.

Pemain berusia 26 tahun itu bakal berdepan cabaran lebih sukar apabila menentang pemain pilihan ke-14 kejohanan dari Jepun, Kenta Nishimoto, yang menewaskan wakil Taiwan, Wang Tzu Wei 21-13, 21-13.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei apabila tersingkir selepas kecundang di tangan pemain ranking ke-14 dunia dari China, Gao Fang Jie 14-21, 9-21.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, K. Letshanaa tidak berdepan masalah apabila menundukkan pemain Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta 21-18, 21-8 untuk mara ke pusingan kedua.

Namun, ujian sebenar menanti pemain ranking ke-40 dunia itu apabila dijadual bertemu bekas juara dunia dari India, PV Sindhu.

-- BERNAMA





#badminton #Leong Jun Hao #Paris #Kejohanan Dunia 2025 #goh jin wei