awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia 2025: Skuad wushu negara bawa pulang lima pingat emas

Bernama
Bernama
08/09/2025
04:30 MYT
Kejohanan Dunia 2025: Skuad wushu negara bawa pulang lima pingat emas
Tan Cheong Min, Lee Jia Rong dan Pang Pui Yee beroleh pingat emas selepas meraih 9.630 mata dalam acara Duilian. - Foto Persekutuan Wushu Malaysia
KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara terus menampilkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas kelima pada hari terakhir Kejohanan Dunia ke-17 yang berlangsung di Brasilia, Brazil, semalam.
Pingat emas tersebut disumbangkan trio wanita negara yang dibarisi Tan Cheong Min, Lee Jia Rong dan Pang Pui Yee dalam acara Duilian selepas meraih 9.630 mata.
Pingat perak acara itu dimenangi trio Itali yang meraih 9.623 mata manakala trio Hongkong meraih pingat gangsa dengan 9.613 mata.
Sementara itu, trio lelaki negara yang dibarisi Clement Ting Su Wei, Si Shin Peng dan Bryan Ti Kai Jie turut tidak kurang hebat apabila menyumbang pingat gangsa dalam acara Duilian selepas mengutip 9.613 mata.
Pingat emas milik trio Macau yang mengumpul 9.620 mata manakala pingat perak diraih trio Hong Kong dengan catatan jumlah mata yang sama tetapi dibezakan menerusi faktor darjah kesukaran.
Secara keseluruhan Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Dunia edisi ke-17 dengan meraih lima emas, satu perak dan dua gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wushu
#pingat emas
#Kejohanan Dunia 2025
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan