Terkini: Kes Pelajar Jatuh dari Asrama di Sabak Bernam – Ikuti perkembangan di sini
SUKAN

Kejohanan Dunia 2025: Wei Chong-Kai Wun mara ke pusingan ketiga

Bernama 27/08/2025 | 01:15 MYT
Man Wei Chong-Tee Kai Wun. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Christo dan Toma Junior Popov.

Bagaimanapun, Wei Chong-Kai Wun yang mendapat 'bye' di pusingan pertama, dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan pasangan adik-beradik itu, 21-15, 13-21, 21-19 dalam masa 65 minit pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Adidas Arena.

Pasangan pilihan ketujuh itu akan bertemu beregu England, Ben Lane-Sean Vendy pada perlawanan seterusnya.

Lane-Vendy menempah tiket ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, 21-18, 21-16.

-- BERNAMA

#Man Wei Chong-Tee Kai Wun #Kejohanan Dunia 2025 #Paris #badminton