SUKAN

Kejohanan Dunia BWF: Chen Tang Jie–Toh Ee Wei muncul juara di Paris

Astro Awani 31/08/2025 | 12:00 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei mengalahkan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di pentas final Kejohanan Dunia 2025 di Perancis dengan kemenangan straight set 21-15, 21-14. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei mengalahkan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di pentas final Kejohanan Dunia 2025 di Perancis dengan kemenangan straight set 21-15, 21-14.

Beregu negara yang turun selaku pilihan keempat kejohanan bermula garang dengan memenangi set pertama 21-15.

Set kedua berlangsung lebih sengit apabila beregu kedua dunia, Zhen Bang-Ya Xin cuba bangkit tetapi berjaya dihalang Tang Jie-Ee Wei sebelum merangkul kemenangan dengan keputusan 21-14 dalam tempoh 39 minit.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebagai rekod, kilauan pingat terakhir diraih beregu campuran negara menerusi Koo Kien Keat–Wong Pei Tty yang membawa pulang gangsa dari Madrid pada 2006.





#beregu campuran negara #BWF #Paris #toh ee wei