SUKAN

Kejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah kongsi strategi benam wakil Hong Kong 'efektif'

Astro Arena 28/08/2025 | 12:44 MYT
Faktor keserasian dan persefahaman antara satu sama lain turut menjadi resipi kejayaan. - StadiumAstro.com
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, membuktikan permulaan meyakinkan apabila mudah menumpaskan pasangan dari Hong Kong, Lui Lok Lok-Sang Hiu Yan, dalam aksi straight games, 21-17, 21-14, awal pagi tadi.

Pearly berkongsikan strategi yang digunakan sebelum ini berjalan dengan 'efektif', selain berasakan faktor keserasian dan persefahaman antara satu sama lain menjadi resipi kepada perjalanan mereka di Kota Cinta itu.

Sebagai sandaran pasangan pilihan kedua untuk gelaran beregu wanita, Pearly-Thinaah, memperagakan permainan tenang dan fokus untuk mengelakkan sebarang kesilapan awal.

"Saya rasa bulu tangkis agak perlahan, strategi kami gunakan hari ini (awal pagi tadi) efektif. Kami harap dapat teruskan momentum ini untuk aksi esok (hari ini).

"Jika diri sendiri ada keyakinan memang boleh beraksi baik, tetapi kadangkala ia tidak berlaku dan menganggu aksi kami. Jadi aksi esok, kami mahu fokus dengan diri sendiri, yakin dan saling menyakini satu sama lain." kata Pearly.

Pearly-Thinaah bakal berdepan lawan dari Indonesia iaitu Tria Mayasari-Siti Fadia Ramadhanti dalam pusingan 16 terbaik hari ini.

* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com






#Pearly Tan #M Thinaah #kejohanan dunia #badminton #BWF #strategi