awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia

Bernama
Bernama
21/02/2022
14:29 MYT
Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Tiga pasukan terbaik di kejohanan itu akan turut menempah tiket ke Piala Asia Futsal 2022 di Kuwait, yang dijadual berlangsung dari 25 Sept hingga 20 Okt ini. - FAM
KUALA LUMPUR: Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.
Ia berikutan skuad kendalian Chiew Chun Yong itu diundi menentang juara bertahan dan tuan rumah Thailand dalam Kumpulan A selain Indonesia, Kemboja dan Brunei di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga pasukan terbaik di kejohanan itu akan turut menempah tiket ke Piala Asia Futsal 2022 di Kuwait, yang dijadual berlangsung dari 25 Sept hingga 20 Okt ini.
Kumpulan B pula dihuni Vietnam, Myanmar, Timor-Leste dan Australia.
Thailand merupakan pasukan paling cemerlang dalam kejohanan itu apabila muncul juara sebanyak 15 kali sejak ia diperkenal pada 2001.
Indonesia pula hanya sekali bergelar juara apabila membenam Malaysia 5-0 pada final edisi 2010 di Vietnam selepas Thailand tidak menyertai kejohanan itu.
Pencapaian terbaik Malaysia ialah muncul naib juara sebanyak lima kali iaitu pada 2003, 2005, 2010, 2017 dan 2018 selain lima kali menduduki tempat ketiga pada edisi 2001, 2007, 2008, 2015 dan 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Skuad futsal kebangsaan
#Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN
#AFF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan