awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor ikat Buriram di Thailand

Bernama
Bernama
20/08/2025
21:45 MYT
Kejohanan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor ikat Buriram di Thailand
Buriram United dan Selangor FC terikat 1-1 pada aksi Kumpulan A Kejohanan Kelab ASEAN di Chang Arena, Thailand semalam. - Foto Selangor FC
KUALA LUMPUR: Jaringan pada masa kecederaan pemain Buriram United Peter Zulj meranapkan impian Selangor FC untuk mencuri tiga mata apabila terikat 1-1 pada aksi Kumpulan A Kejohanan Kelab ASEAN di Chang Arena, Thailand semalam.
Pada aksi berkenaan, Selangor terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan pemain importnya Chrigor Moraes pada minit ke-38.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Buriram United bangkit melancarkan beberapa serangan ke arah kubu Selangor namun gagal menghasilkan sebarang jaringan sekali gus menyaksikan Gergasi Merah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.
Buriram terus merencana serangan bagi mencari gol penyamaan namun dinafikan kekebalan benteng Selangor.
Penjaga gawang Selangor, Kalamullah Al-Hafiz juga bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya Buriram United.
Ketika kemenangan seolah memihak kepada Selangor FC, Zulj menjadi wira tuan rumah apabila menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan.
Selangor akan berdepan wakil Singapura, Tampines Rovers bagi aksi kedua Kumpulan A pada 24 Sept di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#buriram united
#Kejohanan Kelab ASEAN
#Peter Zulj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan