awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Mobile Legend sokong usaha kerajaan, promosi 'stay at home'

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2021
03:50 MYT
Kejohanan Mobile Legend sokong usaha kerajaan, promosi 'stay at home'
Ia merupakan tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dalam memastikan seluruh rakyat negara ini agar terus kekal berada di rumah.
PENGANJURAN Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home diharap dapat membantu kerajaan dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.
Ia merupakan tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dalam memastikan seluruh rakyat negara ini agar terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kejohanan dua hari ini turut dijayakan bersama La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy selaku penaja kejohanan ini.
"Menariknya, tiada yuran penyertaan dikenakan dan lapan pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan akan layak ke pusingan Playoff yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun sehingga 13 Jun.
"Kejohanan ini telah merima sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan yang dibuka pada awal minggu lalu terpaksa ditutup selepas sehari," kata Pengasas Dan Pengurus Pasukan THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin.
Difahamkan, sebanyak 256 pasukan terbabit dalam kejohanan ini.
Ia boleh diikuti secara maya di laman Facebook rasmi Team Haq Esports Club.
Topic Berkaitan
#mobile legend
#COVID-19
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan