awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Pencak Silat Dunia bermula di Abu Dhabi

Bernama
Bernama
19/12/2024
21:40 MYT
Kejohanan Pencak Silat Dunia bermula di Abu Dhabi
Kejohanan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 dan Kejohanan Pencak Silat Dunia Remaja ke-5, bermula pada Rabu di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC). - Foto fail/BERNAMA
ABU DHABI: Kejohanan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 dan Kejohanan Pencak Silat Dunia Remaja ke-5, bermula pada Rabu di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC), lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Kejohanan itu yang berlangsung sehingga 22 Dis, menarik lebih 1,200 peserta dari 55 negara.
Kejohanan Dunia dianjurkan oleh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa dengan kerjasama Pihak Berkuasa Am untuk Sukan dan Majlis Sukan Abu Dhabi.
Peserta akan bersaing dalam pelbagai kategori, termasuk kedua-dua persembahan artistik dan perlawanan tempur, yang menampilkan teknik pertahanan, serangan kuat dan penjatuhan. Pertandingan akan diadakan untuk kumpulan umur antara 12 hingga 46 tahun.
Pencak Silat telah berkembang dalam populariti di seluruh dunia. Ia merupakan langkah penting ke arah usaha sukan itu untuk dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik Brisbane 2032, berikutan pamerannya yang berjaya dalam Olimpik Paris 2024 dan Kejohanan Pencak Dunia 2022 di Malaysia.
Kejohanan Pencak Silat Dunia ialah antara acara utama dalam dunia seni mempertahankan diri campuran, menarik atlet dari seluruh dunia. Pencak Silat yang berasal dari Indonesia, tersebar di seluruh Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Singapura dan Brunei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Pencak Silat Dunia
#Abu Dhabi
#ADNEC
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan