awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Skuasy Asia: Ng Eain Yow muncul juara

Astro Arena
Astro Arena
10/06/2023
13:48 MYT
Kejohanan Skuasy Asia: Ng Eain Yow muncul juara
Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, muncul juara Kejohanan Skuasy Individu Asia (AIC) 2023 selepas menewaskan wakil India, Velavan Senthilkumar, hari ini. - Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, muncul juara Kejohanan Skuasy Individu Asia (AIC) 2023 selepas menewaskan wakil India, Velavan Senthilkumar, hari ini.
Dalam saingan yang berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong, Eain Yow hanya memerlukan masa 31 minit untuk mencatat kemenangan 11-4, 11-5, 11-6 ke atas lawan dari India itu sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenanginya di Islamabad, Pakistan pada 2021.
Hasrat kem skuasy negara untuk pulang dengan dua gelaran itu tidak kesampaian apabila pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, tewas kepada pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk.
Sivasangari terpaksa akur dengan kualiti dipamerkan wakil tuan rumah itu selepas bersaing selama 40 minit sebelum tewas 6-11, 11-9, 12-14, 1-11.
Kekalahan Sivasangari menyaksikan Malaysia terus gagal menamatkan penantian lapan tahun sejak kali terakhir legenda negara, Datuk Nicol Ann David, yang menjuarai edisi 2015 yang berlangsung di Kuwait.
Topic Berkaitan
#Ng Eain Yow
#pemain skuasy lelaki negara
#Kejohanan Skuasy Perseorangan Asia 2023
#S Sivasangari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan