awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga

Bernama
Bernama
15/05/2024
03:15 MYT
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Sivasangari tewas kepada pemain tuan rumah Hania El Hammamy yang juga pemain pilihan kedua kejohanan 13-15, 6-11, 5-11 dalam pertarungan selama 44 minit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir kejohanan yang diadakan di Kaherah, Mesir pada Selasa.
Pada aksi pusingan ketiga di Kelab Palm Hills, pemain wanita nombor 13 dunia Sivasangari tewas kepada pemain tuan rumah Hania El Hammamy yang juga pemain pilihan kedua kejohanan 13-15, 6-11, 5-11 dalam pertarungan selama 44 minit.
Sementara itu, pemain nombor satu lelaki negara Eain Yow tumbang dalam masa 39 minit kepada pilihan kedua daripada New Zealand, Paul Coll, 9-11, 4-11, 6-11.
Keputusan semalam menyaksikan bekas pemain wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David kekal sebagai pemain Malaysia terakhir memenangi kejohanan ini, iaitu pada edisi 2014 di Kaherah apabila menewaskan pemain tuan rumah, Raneem El Weleily, 5-11, 11-8, 7-11, 14- 12, 11-5.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Sivasangari
#kejohanan dunia
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan