Kejohanan Thanh Nien: Malaysia lunas misi wajib menang ke atas Myanmar

Astro Arena
Ogos 9, 2022 23:30 MYT
Dengan mengumpulkan empat mata, pasukan B-19 negara mengesahkan tempat ke final Kejohanan Thanh Nien. - Foto Facebook Football Association of Malaysia
MALAYSIA 2 MYANMAR 0
Skuad B-19 negara melunaskan misi wajib menang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Thanh Nien dengan menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Binh Duong, Vietnam malam tadi.
Ia merupakan kemenangan pertama pasukan bimbingan Hassan Sazali Waras itu selepas terikat 1-1 dengan Thailand dan tewas 1-2 kepada Vietnam dalam dua perlawanan pertama.
Dengan mengumpulkan empat mata, pasukan negara mengesahkan tempat ke final selepas Vietnam menewaskan Thailand 1-0 dalam satu lagi perlawanan.
Dalam aksi kali ini, Nazrin Nasir membuka jaringan buat Malaysia seawal minit kelima menerusi sepakan bebas sebelum Ahmad Rozaini Abu Bakar menggandakan kelebihan itu pada minit ke-87.
#Kejohanan Thanh Nien #Myanmar #skuad B-19 #Malaysia tewaskan Myanmar