[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Kejohanan Wimbledon: Djokovic terus buru gelaran grand slam ke-20

Astro Arena 10/07/2021 | 02:42 MYT
Novak Djokovic meraikan kejayaan menewaskan Denis Shapovalov pada hari ke-11 Kejohanan Tenis Wimbledon di London, 9 Julai, 2021. (Foto AP)
NOVAK Djokovic mara ke final Kejohanan Tenis Wimbledon buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Denis Shapovalov 7-6, 7-5, 7-5 awal pagi tadi.
Pemain pilihan ke-10, Shapovalov, mempamerkan aksi menghiburkan dalam pertarungan separuh akhir di Centre Court itu, terutama ketika melakukan pukulan kilas sebelah tangan, tetapi turut melakukan beberapa kesilapan ketika cuba menghalang lawan di ranking nombor satu dunia itu daripada mara ke final.
Djokovic seterusnya akan bertemu Matteo Berrettini dalam final hujung minggu ini selepas pemain Itali itu menewaskan Hubert Hurkacz dalam aksi empat set.
Jaguh Serbia itu kini berpeluang untuk menyamai rekod Roger Federer dan Rafael Nadal dengan 20 gelaran grand slam seandainya memenangi perlawanan akhir itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Novak Djokovic #Roger Federer #Rafael Nadal #Grand Slam #tenis #Denis Shapovalov #Kejohanan Tenis Wimbledon #Wimbledon