awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Dua pesilat wanita negara mara ke separuh akhir

Bernama
Bernama
28/07/2022
21:30 MYT
Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Dua pesilat wanita negara mara ke separuh akhir
Nur Syazerra Hidayah Idris menewaskan wakil Filipina Jovelyn G. Valles dengan keputusan 38-10. - Foto Pesaka
MELAKA: Dua pesilat Sabah muncul penyelamat suasana suram skuad silat tanding negara kategori wanita apabila berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir aksi Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.
Dalam kategori Tanding Kelas B, Nur Syazerra Hidayah Idris memastikan kemaraan ke pusingan separuh akhir menjadi miliknya apabila menewaskan wakil Filipina Jovelyn G. Valles dengan keputusan 38-10.
Mendominasi saingan sejak awal, pesilat kelahiran Keningau Sabah itu bakal bertemu wakil Vietnam Nguyen Thi Mai Lan yang sebelum itu menewaskan pesilat Jerman Tara Talay dengan keputusan 44-(-)1.
Turut mengikut jejak ke sepatuh akhir adalah Nor Farah Mazlan yang menewaskan pesilat India Komal Dhilman dengan keputusan 44-2 pada aksi Kelas A.
Atlet kelahiran Kota Belud, Sabah berusia 24 tahun itu dijadualkan bertemu Firdao Duromae dari Thailand yang sebelum itu menewaskan wakil Filipina Angeline A. Virina yang mewakili Filipina 44-19 pada Sabtu ini.
Kegembiraan kem silat wanita negara bagaimanapun tidak kekal lama apabila dua wakil dalam Kelas E dan A ditunjukkan jalan keluar oleh lawan masing-masing.
Dalam saingan tersebut, pesilat Hanna Soleha Saleem, 21, yang beraksi dalam Kelas E terpaksa akur dengan kelincahan peserta Thailand Kewarin Boonmee apabila tewas 16-27.
Nasib sama turut menimpa Zulaika Razaman yang beraksi dalam Kategori C selepas kemaraannya dinafikan oleh peserta Filipina Hanna Mae F. Ibutnande dengan keputusan 17-30.
Edisi kejuaraan ke-19 yang berlangsung selama enam hari sehingga 31 Julai ini di Dewan Melaka International Trade Center (MITC) itu disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Malaysia sebagai tuan rumah selain Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada dan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad silat tanding
#Nur Syazerra Hidayah Idris
#Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
#Nor Farah Mazlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan