awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU restoran makanan segera
[KOLUMNIS] CTP: Model pembangunan komuniti berasaskan data sebenar
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejuaraan Petronas Cub Prix 2021 kembali bersambung minggu hadapan

Bernama
Bernama
10/09/2021
09:38 MYT
Kejuaraan Petronas Cub Prix 2021 kembali bersambung minggu hadapan
Prosedur operasi standard penganjuran acara akan menjadi lebih ketat berbanding dengan apa yang pernah dipraktikkan musim lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pusingan ketiga Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia 2021 akan kembali bersambung di Litar Sepang Utara, 18 September ini.
Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg berkata, selepas pusingan ketiga, pusingan keempat pula akan menyusul pada 19 September, juga di venue sama.
Beliau berkata, penganjuran pusingan berikutnya akan beralih ke Pantai Timur, yang menyaksikan Litar Permotoran Terengganu menjadi tuan rumah bagi pusingan kelima dan keenam, masing-masing pada 2 dan 3 Oktober ini.
"Tarikh baki pusingan seterusnya akan diumumkan kemudian. Penganjuran kali ini akan berlangsung dalam konsep gelembung sukan," katanya dalam sidang media dalam talian hari ini.
Selain kehadiran para penonton yang masih belum lagi dibenarkan, Ron memaklumkan prosedur operasi standard penganjuran acara akan menjadi lebih ketat berbanding dengan apa yang pernah dipraktikkan musim lalu.
Sementara itu, beliau berkata hampir kesemua pelumba 18 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan pihaknya juga masih menanti makluman seterusnya daripada kerajaan berhubung suntikan vaksin kepada pelumba berusia 17 tahun dan ke bawah.
Pusingan pertama dan kedua telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada Mac dan April, sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 pada awal Mei berikutan lonjakan kes COVID-19.
Sebanyak 10 pusingan perlumbaan diadakan pada musim 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petronas cub prix
#litar sepang
#SOP
#litar permotoran terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan