AARHUS (Denmark): Skuad muda negara menamatkan kempen Piala Uber tanpa kemenangan apabila kalah mengejut 4-1 kepada Kanada pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Arena Ceres di sini, malam tadi (awal pagi Selasa di Malaysia).
Pemain perseorangan pertama negara, S. Kisona, yang kembali semula ke gelanggang selepas direhatkan pada perlawanan menentang China sebelum ini, gagal menyuntik semangat skuad negara apabila tewas mengejut kepada pemain nombor 183 dunia, Talia Ng.
Pemain berusia 23 tahun itu membuka langkah pertama negara apabila melakarkan persembahan setanding dengan Talia dengan kedudukan 6-6 tetapi selepas itu mula hilang tumpuan dengan sering melakukan kesilapan.
Peluang itu dimanfaatkan oleh pemain Kanada itu dengan mengumpul tujuh mata secara berterusan sebelum menang set pertama 21-9.
Pada set kedua, Kisona, selaku pemain nombor 53 dunia, bangkit semula buat seketika dengan mendahului 5-1 tetapi sekali gagal mengekalkan rentak dengan mudah memberi kemenangan 21-14 kepada lawannya yang mengambil masa 36 minit untuk mengutip mata pertama untuk Kanada.
Pada perlawanan beregu pertama, wakil negara Teoh Mei Xing-Yap Ling, selaku pasangan nombor 68 dunia, memberi sedikit harapan untuk menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-13 pada set pembukaan berdepan dengan beregu nombor 20 dunia, Rachel Honderich-Kristen Tsai.
Bagaimanapun, beregu Kanada itu menggunakan pengalaman beraksi di Sukan Olimpik Tokyo, Ogos lalu, untuk menampilkan persembahan yang lebih mantap pada set kedua dengan kemenangan 21-10 untuk mengheret permainan kepada 'rubber-set' sebelum menang 21-14 dalam saingan selama 69 minit.
Kanada mengesahkan kemenangan 3-0 apabila pemain nombor 185 dunia, Rachel Chan tampil dengan aksi bertenaga untuk menyingkirkan wakil negara Woon Qi Xuan 21-12, 21-13 dalam masa 33 minit.
Gandingan baharu negara Go Pei Kee-M. Thinaah akhirnya merapatkan jurang dengan menyumbang mata pertama negara apabila mengatasi Catherine Choi-Crystal Lai 21-12, 21-13 dalam masa 36 minit.
"Ini adalah kali pertama digandingkan dan tidak banyak berfikir tetapi hanya mahu turun untuk berjuang mengumpul setiap mata dengan harapan mencapai kemenangan. Malangnya tidak dapat membantu mengubah kedudukan tetapi kemenangan dalam saingan ini adalah bermakna dan gembira buat kami," kata Thinaah.
Momentum kemenangan itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan oleh K. Letshana pada perlawanan terakhir apabila tewas 21-17, 16-21, 21-12 kepada Wen Yu Zhang dalam saingan selama 50 minit itu.
Skuad Piala Uber negara meletakkan sasaran peringkat suku akhir tetapi gagal melepasi saingan peringkat kumpulan apabila tercorot dalam kedudukan kumpulan selepas tewas 4-1 kepada tuan rumah, Denmark, Sabtu lalu, 5-0 kepada China pada Ahad dan Kanada 4-1.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati dengan China dan Denmark mengesahkan slot ke suku akhir dengan masing-masing mencapai dua kemenangan.
Juara kumpulan tersebut akan ditentukan selepas pertembungan antara kedua-dua pasukan itu pada perlawanan terakhir kumpulan, malam Selasa.
Berikutan kempen skuad Piala Uber negara berakhir malam tadi, skuad lelaki negara akan membuka kempen Piala Thomas di venue sama dengan berdepan Kanada pada malam Selasa ( 1 pagi Rabu, waktu Malaysia) sebelum berdepan dengan Jepun pada Khamis dalam saingan Kumpulan D.
Keputusan lain: Peringkat Kumpulan
Piala Thomas:
Indonesia mn Thailand 3-2
Taiwan mn Algeria 5-0
Piala Uber:
Indonesia mn Perancis 4-1
Taiwan mn Tahiti 5-0
Korea Selatan mn Mesir 5-0
Jepun mn Jerman 5-0
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021
Wakil negara Teoh Mei Xing-Yap Ling (gambar) tewas di tangan beregu nombor 20 dunia, Rachel Honderich-Kristen Tsai. - Foto Facebook BAM
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Xiong Du Du, Yu Rong Rong maskot Piala Thomas dan Uber 2024
Peringkat final Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Chenghdu, China dari 27 April hingga 5 Mei, disertai 32 pasukan dari 20 negara dan kawasan.
Pearly-Thinaah tidak diturunkan untuk Piala Uber
Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah tidak akan disenaraikan pada saingan Piala Uber 2024 yang bakal berlangsung di Chengdu, China bermula 27 April hingga 5 Mei ini.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024
Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Piala Uber: Korea Selatan kalahkan China, akhiri penantian 12 tahun bergelar juara
Korea Selatan akhirnya berjaya menamatkan penantian 12 tahun mereka selepas berjaya mengalahkan juara bertahan China 3-2, seterusnya dinobatkan sebagai juara Piala Uber 2022.
Piala Uber: Malaysia atasi Mesir 5-0
SSkuad wanita Malaysia menamatkan cabaran mereka dalam Pusingan Akhir Piala Uber 2022 dengan menewaskan Mesir 5-0, perlawanan terakhir Kumpulan C di Impact Arena di sini, pada Selasa.
Malaysia ucap selamat tinggal pada Piala Uber 2022
Cabaran Malaysia pada Piala Uber 2022 berakhir selepas mereka ditunjukkan jalan keluar awal oleh tuan rumah, Thailand, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan kedua Kumpulan C.
Piala Uber: Kami letak tekanan berlebihan ke atas diri sendiri - Anna
Anna mengakui pertemuan kali pertama dengan lawan mereka tidak berjalan lancar kerana mereka gagal mengawal tekanan semasa beraksi di gelanggang.