Kejutan Vydra nafi kemenangan Chelsea

Astro Arena
November 7, 2021 03:48 MYT
Matej Vydra (kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan EPL antara Chelsea dan Burnley di Stadium Stamford Bridge, London, 6 Nov, 2021. (Foto AP)
PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Chelsea, membazirkan deretan peluang terikat dengan keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Burnley, semalam.
The Blues mencari kemenangan kelima berturut-turut dalam aksi liga buat pertama kali di bawah kendalian Thomas Tuchel dan kelihatan berjaya melakukannya apabila Kai Havertz menanduk masuk gol 12 minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Tetapi Chelsea kekal tanpa Romelu Lukaku dan Timo Werner di bahagian serangan ketika mereka melepaskan banyak peluang untuk melebarkan kedudukan, membuka pintu kepada Burnley untuk bertindak balas.
Matej Vydra menamatkan saingan dari jarak dekat sembilan minit selepas hadir sebagai pemain gantian ketika skuad kendalian Sean Dyche menampilkan kebangkitan sekaligus meraih satu mata di Stamford Bridge.

The points are shared.#CheBur pic.twitter.com/qYMkfEvYaZ

— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liga Perdana Inggeris #Chelsea #Burnley #Thomas Tuchel