SUKAN
Kekal atau tidak, FIFA bakal tentukan nasib Indonesia
Gambar fail Erick Thohir (kanan) bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino.
Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir dilaporkan akan meletakkan jawatan dalam badan induk itu selepas dilantik secara rasmi selaku Menteri Pemuda dan Olahraga (KEMENPORA) Republik Indonesia oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Hal ini telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat mengenai Erick Thohir yang memegang dua jawatan penting dalam masa sama.
Berdasarkan undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), jela menyatakan bahawa larangan campur tangan pihak ketika termasuk badan kerajaan dalam urusan persatuan bola sepak negara.
Pasal 14.1 (h) (i) FIFA menjelaskan badan induk harus bersifat bebas daripada campur tangan politik.
Usai pelantikan selaku kakitangan kerajaan, Erick menyerahkan segalanya kepada FIFA untuk menentukan nasibnya bersama PSSI.
"Ada prosesnya oleh FIFA. Semua akan mengikuti aturan FIFA," katanya.
Presiden FIFA, Gianni Infantino, juga merakamkan ucapan tahniah dan mengutuskan ucapan kepada Erick Thohir supaya terus mengangkat martabat sukan negara itu.
Menurut peraturan dalam Status PSSI, jika posisi tertinggi itu kosong kurang daripada dua tahun, Naib Presiden akan menggalas tanggungjawab selaku interim.
Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak.
Sang Garuda akan menghadapi pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 sebagai penentu untuk mara dengan Arab Saudi dan Iraq akan menjadi penghalang pada Oktober depan.
Laporan sebelum ini mendedahkan Indonesia telah menghantar surat sebagai tanda protes terhadap pengadil yang berasal dari rantau yang sama dengan lawan yang akan dihadapi mereka, baru-baru ini. - Stadium Astro