SUKAN

Kekalahan memalukan Harimau Malaya: 'kenapa banyak sangat bolos?' - Netizen

Madiha Abdullah 04/09/2015 | 04:05 MYT
Pemain UAE Ahmad Khalil (tengah) bertarung mendapatkan bola daripada pemain Malaysia Mohd Afif bin Amiruddin (kanan) dan Khairul Fahmi (kiri) ketika pusingan kelayakan bagi FIFA World Cup 2018 di Abu Dhabi. - Foto AFP/Karim Sahib
BUKAN kalah yang menjadi isu, tetapi jumlah bolos yang terlalu banyak yang menjadi persoalan.

Itu yang diluahkan netizen selepas skuad Harimau Malaya tewas 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi pada Khamis.

Ramai yang terkejut apabila skuad negara bolos lima gol dalam 30 minit pertama perlawanan. Ia menimbulkan tanda tanya tentang apa yang sebenarnya tidak kena dalam perancangan taktikal Malaysia yang dibuat jurulatih, Dollah Salleh.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jumlah bolos yang besar itu menyaksikan ketiga-tiga penjaga gol yang dibawa ke UAE, iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Zamir Selamat dan Khairul Azhan Khalid dibawa masuk silih berganti sepanjang 90 minit.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Justeru, ramai yang meminta agar 'pembersihan' besar-besaran dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan sahaja dalam aspek pemain dan staf kejurulatihan tetapi juga pengurusan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, Penasihat Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula memuat naik satu status agak sinikal di laman Facebook Johor Southern Tigers selepas kekalahan itu.

Kata Tunku Ismail, perlawanan itu sepatutnya menjadi medan untuk merubah kedudukan ranking pasukan negara, namun kini semuanya sudah terlambat.

TMJ

Kekalahan terbesar Malaysia dalam aksi antarabangsa sebelum ini ialah pada tahun 1967 ketika pasukan negara tewas 2-8 kepada New Zealand.
#bola sepak #harimau Malaya #Piala Asia 2019