Kekalahan memalukan skuad sepak takraw negara dalam acara berpasukan Sukan SEA ke-27 bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ia sudah diduga, demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata beliau langsung tidak terkejut apabila skuad bimbingan Jamaluddin Hassan itu menampilkan aksi buruk dan gagal mencatat sebarang kemenangan dalam acara berkenaan.
"Saya dah agak ia akan berlaku...," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pingat emas kepada atlet karate negara, Lim Chee Wei di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, di sini pada Jumaat.
Selepas tewas 0-3 kepada Thailand dan 1-2 kepada Myanmar semalam, skuad negara dipalit aib sekali lagi apabila tumpas kepada Indonesia 1-2 hari ini, sekali gus menyaksikan mereka menghuni tangga tercorot dalam kalangan empat pasukan yang bertanding acara itu.
Sepatutnya, skuad negara buat pertama kali pulang tanpa pingat dalam acara berpasukan pada temasya tersebut namun bernasib baik atas 'ihsan' penganjur yang menghadiahkan gangsa kepada pasukan di tempat ketiga dan keempat.
Mengulas lanjut, Khairy berkata kekalahan mengaibkan itu disebabkan kegagalan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) merangka program pembangunan rapi di samping menganjur banyak kejohanan tempatan.
Khairy berkata beliau tidak mahu mengeruhkan keadaan dan menuding jari kepada PSM atas kegagalan itu, sebaliknya bersedia membantu persatuan berkenaan membangunkan sukan berkenaan.
"Bulan Januari ini, saya akan jumpa (dengan PSM)...kena duduk semeja berbincang hala tuju sepak takraw.
"Kekalahan di sini (Myanmar) memang memalukan tetapi semasa kita (Malaysia) jadi tuan rumah pada 2017, kalau kalah lagi memalukan. Jadi saya tetapkan 2017 kita perlu pastikan skuad sepak takraw negara jadi juara," katanya.
Bernama
Fri Dec 13 2013
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bergambar bersama para pemenang selepas menyampaikan pingat kepada pemenang acara 100m wanita kuak dada Sukan SEA ke-27. Perenang negara, Christina
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Myanmar sedia bekerjasama dengan ASEAN selaras dengan piagam - Ketua tentera
Ketua tentera Myanmar menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi mencapai penyelesaian damai di negara Asia Tenggara yang dilanda kekacauan itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.
Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Tiada bukti mengaitkan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.