KUALA LUMPUR: Tindakan pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) Shane Lowry yang mengasari penyerang Terengganu FC (TFC) Jordan Mintah, pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 jelas adalah satu perwatakan keganasan dalam bola sepak.
Pandangan itu dilontarkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Subkhiddin Mohd Salleh, yang mengakui 'keganasan' dilakukan pemain import dari Australia itu boleh dikenakan hukuman berat.
"Keputusan terhadap tindakan itu semua orang sudah boleh tahu, tak perlu kita sebut. Ini adalah konsep tindakan ganas, kerana bola tidak dimainkan ketika itu. Ceritanya berbeza jika ia berlaku semasa dalam permainan maka ia menunjukkan benar-benar ingin mencabar bola.
"Tetapi ini bola tiada di situ, 'out of play' dan dia (Lowry) bertindak sebegitu. Ia adalah kelakuan yang ganas ibarat menolak pengadil, konsep yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama, sambil menambah pengadil perlu berani mengambil tindakan terhadap kelakuan sedemikian.
Tenaga pengajar bahagian teknikal pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu berkata insiden pemain berkelakuan ganas, adalah masalah yang berulang kali terjadi dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M), sejak kebelakangan ini.
Mengambil pertembungan antara TFC dan JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu semalam sebagai contoh, bekas pengadil elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan kebangsaan itu berkata sekurang-kurangnya tiga insiden keganasan berlaku, dan tidak seharusnya dibiarkan begitu saja.
"Pengadil jangan takut, kerana semua boleh menerima kalau dia membuat satu keputusan yang betul. Ia tidak akan menjadi masalah, tidak akan timbul isu atau skandal. Jika (pemain) kena gantung sekali pun, orang boleh terima sebab ia adalah keputusan yang betul.
"Tetapi bila keputusan yang dibuat itu tidak betul, memang akan mengundang kecaman, apatah lagi jika dalam satu perlawanan ada tiga isu tidak sepatutnya berlaku. Kalau insiden itu berlaku depan mata, tidak sepatutnya dia tidak tahu jawapan yang sepatutnya dia berikan," katanya.
Pada aksi malam tadi, Lowry bertindak meluru ke arah Mintah sebelum menarik baju dan menolak pemain dari Ghana itu yang terbaring ke padang pada minit ke-71, sekali gus mencetuskan suasana tegang, namun tiada layangan kad sebagai amaran kepadanya oleh pegawai perlawanan Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah.
Insiden tersebut antara beberapa 'keganasan' yang berlaku pada aksi yang berkesudahan 1-1, dengan ia turut menarik perhatian pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berpendapat pengadil berkenaan tidak menunjukkan mutu pengadilan yang baik.
Tunku Ismail turut meminta satu penambahbaikan terhadap perkara itu dan menggesa FAM mengambil tindakan, selain turut menyifatkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) adalah satu keperluan.
Sementara itu, Naib Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil badan induk itu Datuk S. Sivasundaram berkata, FAM hanya akan mengambil tindakan berdasarkan penilaian dibuat penilai pengadil bertugas pada sesuatu perlawanan.
Bagaimanapun, beliau berkata segala kritikan dan cadangan akan diambil untuk memperbaiki segala kelemahan, dalam memastikan usaha memartabatkan pengadil tempatan tercapai.
"Pengadil sentiasa berkecuali dan kita ikut undang-undang permainan ditetapkan FIFA. Setakat ini dalam saingan Piala Malaysia, saya tidak mendapat apa-apa aduan. Dalam kempen liga sebanyak 132 perlawanan, saya baru terima sembilan peratus aduan, jadi mana-mana boleh diperbaiki kita akan perbaiki.
"Kita mempunyai bahagian Pembangunan Pengadil dan mana-mana pengadil yang didapati tidak menunjukkan prestasi akan dirujuk ke situ. Jika pengadil itu bersalah kita akan hukum, tapi kalau dia tidak bersalah sudah tentu FAM akan sentiasa melindungi pengadil," katanya.
Dalam pada itu, Sivasundaram berkata FAM masih dalam kajian mengenai penggunaan VAR dalam saingan di peringkat domestik, yang dianggarkan menelan kos sehingga RM20 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Subkhiddin mengakui 'keganasan' dilakukan pemain import dari Australia itu boleh dikenakan hukuman berat. - Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
ACLE: Nasib baik tak kalah - TMJ
Tunku Ismail meluahkan kekecewaannya kerana JDT tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.