Kekecohan berlaku di luar stadium, beberapa individu ditahan

Hasimi Muhamad
November 19, 2019 16:02 MYT
Kekecohan berlaku di hadapan Pintu Masuk E, memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di kawasan tersebut. - Astro AWANI/Hasimi Muhamad
Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia dicemari insiden kekecohan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebaik perlawanan tamat.
Kekecohan berlaku di hadapan Pintu Masuk E, memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Ketika ini, masih terdapat sebahagian penyokong Indonesia berada di dalam stadium kerana mahu mengelak konfrontasi dengan penyokong Malaysia yang berada di luar stadium.
BACA: Suar dibakar sebaik jaringan gol pertama Malaysia
BACA: Harimau Malaya benamkan Garuda
Insiden tersebut dipercayai rentetan daripada tindakan penyokong dari Indonesia yang bertindak membaling suar di dalam stadium ketika Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30.
Tinjauan Astro AWANI mendapati beberapa penyokong turut ditahan oleh pasukan FRU.
Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai penahanan tersebut belum disahkan oleh pihak berkuasa.
Pada perlawanan malam ini, Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia, 2-0.
#FRU #Garuda #harimau Malaya #individu ditahan #Indonesia #insiden kekecohan #Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 #Malaysia #Malaysia vs Indonesia #Pasukan Unit Simpanan Persekutuan #Stadium Nasional Bukit Jalil