SPORTS

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan

Bernama 01/03/2025 | 23:30 MYT
AC Milan, turut berkongsi mesej perayaan: "#RamadanKareem kepada seluruh keluarga AC Milan yang menyambutnya." - Foto X/@acmilan
ISTANBUL: Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena bulan suci Ramadan di platform media sosial mereka, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Ramadan Mubarak dalla famiglia Nerazzurra," tulis Inter Milan di X, disertai ucapan dalam bahasa Arab.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesaing setempat mereka, AC Milan, turut berkongsi mesej perayaan: "#RamadanKareem kepada seluruh keluarga AC Milan yang menyambutnya."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manchester United, yang dikenali sebagai Red Devils, mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada peminat global mereka dengan kenyataan: "Ramadan Mubarak kepada Reds di seluruh dunia."
Pemain pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui, menghadiri pertemuan khas bersama peminat yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong Muslim Manchester United, mencipta hubungan bermakna dengan komuniti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain pertahanan Real Madrid yang berasal dari Jerman, Antonio Rudiger, yang mempunyai keturunan Sierra Leone, berkongsi ucapan: "Semoga semua saudara Muslim saya menyambut Ramadan dengan penuh barakah dan penuh kedamaian! Semoga bulan suci ini membawa kegembiraan, ketenangan, dan keberkatan yang tidak terhitung."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bintang Liverpool, Mohamed Salah dari Mesir, memuat naik gambar mesra bersama anak perempuannya, merakamkan detik peribadi dalam sambutan Ramadan mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelab utama Eropah lain, termasuk Chelsea, Barcelona, Tottenham Hotspur, Borussia Dortmund, Newcastle United dan Feyenoord, turut menyampaikan ucapan khas Ramadan sebagai tanda solidariti dan keterangkuman dalam bulan bermakna ini.
-- BERNAMA
#bola sepak #media sosial #CeritaRamadan2025 #Ramadan2025