SUKAN
Kelab EPL intai khidmat warisan Indonesia jadi bualan
Jika perpindahan benar berlaku, Hilgers (gambar) bakal menjadi tonggak pertama dari Indonesia yang akan berkelana dalam Liga Perdana Inggeris. - Foto stadiumastro
JUARA Perisai Komuniti, Crystal Palace, dikhabarkan sedang berusaha mendapatkan khidmat pemain warisan Indonesia, Mees Hilgers, sebagai pertahanan terbaharu kelab itu.
Menurut sumber, pemenang Piala FA Inggeris itu sudah bersetuju dan meneliti beberapa perbincangan sebelum diumumkan sebagai pemain terkini.
Laman transfermarkt menunjukkan bintang kelahiran Belanda itu masih mempunyai baki kontrak dengan Twente sehingga 2026.
Khabar angin itu bertiup kencang susulan ketua pasukannya, Marc Guehi, menerima tawaran daripada Liverpool dan Hilgers menjadi sasaran utama selaku pengganti.
Jika perpindahan ini berlaku, Hilgers bakal menjadi tonggak pertama dari Indonesia yang akan berkelana dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sejauh manakah kebenaran itu? Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.