SUKAN
Kelab Liga Super wajib hantar laporan setiap dua bulan - FIB
Unit FFP akan memantau pematuhan kewangan kelab melalui lima sesi pemantauan sepanjang musim, dengan laporan pendapatan, perbelanjaan dan caruman perlu dihantar setiap dua bulan; pemantauan pertama ditetapkan pada 16 Oktober.
KUALA LUMPUR: Semua kelab Liga Super berjaya melengkapkan penyerahan dokumen bajet dan pramusim bagi musim 2025-2026, selaras peraturan Financial Fair Play (FFP) ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Ringkasan AI
Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata dokumen itu merangkumi bajet, surat persetujuan penaja, senarai pemain, pegawai dan kakitangan kelab, termasuk butiran jumlah gaji serta caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Beliau berkata deklarasi tunggakan setakat Jun 2025 turut dikemukakan mengikut Artikel 9(1) dan Artikel 10(1) peraturan FFP, sebelum proses verifikasi oleh Unit FFP MFL.
FIB bertanggungjawab meneliti dan menilai dokumen berkenaan bagi memastikan kelab mematuhi prinsip pengurusan kewangan mampan serta selari dengan kriteria FFP MFL.
"Hasil penyerahan ini membolehkan MFL mengetahui jumlah bajet yang akan digunakan untuk pembayaran gaji dan caruman, berdasarkan had perbelanjaan gaji atau gaji siling 80 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sheikh Mohd Nasir berkata Unit FFP akan mengadakan lima sesi pemantauan sepanjang musim 2025-2026, dengan kelab diwajibkan menghantar laporan pendapatan, perbelanjaan, deklarasi gaji dan caruman setiap dua bulan.
"Tarikh akhir penyerahan dokumentasi pemantauan pertama adalah pada 16 Okt ini, meliputi laporan bagi Ogos dan September.
"Sekiranya kelab mempunyai tunggakan, perkara itu akan dibawa kepada perhatian FIB untuk tindakan di bawah Artikel 10 dan 14(1)(b). Pelanggaran boleh dikenakan tindakan, termasuk hukuman sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Semua kelab Liga Super telah melengkapkan penyerahan dokumen bajet dan pramusim musim 2025-2026 mengikut peraturan Financial Fair Play (FFP) MFL, termasuk butiran gaji, caruman KWSP, LHDN dan PERKESO.
- Unit FFP akan memantau pematuhan kewangan kelab melalui lima sesi pemantauan sepanjang musim, dengan laporan pendapatan, perbelanjaan dan caruman perlu dihantar setiap dua bulan; pemantauan pertama ditetapkan pada 16 Oktober.
- Sekiranya terdapat tunggakan, FIB akan mengambil tindakan berdasarkan Artikel 10 dan 14(1)(b) FFP, termasuk kemungkinan hukuman terhadap pelanggaran peraturan.