SUKAN
Kelantan anjur sukan negeri, siapkan atlet ke SUKMA 2026
Zamakhshari berkata fokus Sukan Kelantan ialah sukan gelanggang seperti bola tampar, tinju, muay thai, petanque dan beberapa acara lain. - Foto Facebook Zamakhshari
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menganjurkan Sukan Kelantan sepanjang bulan depan sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata selain sebagai pendedahan awal, acara itu juga menjadi medan pemilihan atlet yang bakal mewakili negeri ke SUKMA pada 15 hingga 24 Ogos tahun hadapan.
"Fokus Sukan Kelantan ialah sukan gelanggang seperti bola tampar, tinju, muay thai, petanque dan beberapa acara lain," katanya kepada Bernama semalam.
Beliau berkata Majlis Sukan Negeri (MSN) diberi mandat penuh untuk membuat pemilihan atlet menerusi temasya itu bagi membentuk kontinjen negeri.
"Jika sebelum ini pemilihan atlet dilakukan oleh persatuan sukan masing-masing, kali ini kita buat pembaharuan dengan menyerahkan tanggungjawab itu kepada MSN manakala persatuan sukan berperanan sebagai jawatankuasa teknikal.
"Pemilihan yang dikendalikan MSN lebih terbuka dan tidak berat sebelah, memastikan hanya atlet terbaik mewakili Kelantan," jelasnya.
Beliau menambah pertandingan akan dijalankan di sekitar Kota Bharu termasuk di Jabatan Belia dan Sukan negeri serta beberapa venue lain.
-- BERNAMA