awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan FC dihukum sekatan perpindahan pemain

Bernama
Bernama
03/07/2023
12:45 MYT
Kelantan FC dihukum sekatan perpindahan pemain
Kelantan FC dijatuhkan hukuman sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua, yang akan dibuka Rabu ini (5 Julai).
KUALA LUMPUR: Pasukan tercorot Liga Super Kelantan FC menerima padah apabila dijatuhkan hukuman sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua, yang akan dibuka Rabu ini (5 Julai).
Menerusi kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini, hukuman ke atas Kelantan FC oleh badan bebas First Instance Body (FIB) itu, susulan kegagalan menghantar bukti bayaran caruman (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain tunggakan gaji pemain serta pegawai, bagi tempoh April dan Mei lepas sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 28 dan 30 Jun lepas.
Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata Jawatankuasa FIB memandang serius isu tersebut dan tindakan terpaksa diambil, selepas Kelantan FC gagal melunaskan tunggakan dalam tempoh diberikan.
"Pihak FIB masih tidak menerima sebarang bukti bayaran ansuran KWSP (bayaran ansuran pertama) dan bukti bayaran gaji penuh pemain serta pegawai (April dan Mei 2023), sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan kepada Kelantan FC," katanya.
MFL dalam kenyataan itu juga memaklumkan hukuman sekatan perpindahan pemain itu akan ditarik semula, sekiranya pasukan dari Pantai Timur berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan caruman KWSP, gaji pemain dan pegawai sebelum jendela kedua berakhir pada 1 Ogos 2023.
Bagaimanapun, tindakan untuk menarik semula sekatan itu juga perlu mengambil kira keputusan FAM dan FIFA berkenaan kes lain, melibatkan Kelantan FC.
"Ini (sekatan perpindahan pemain) hukuman berasingan daripada sebarang tindakan yang boleh diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), berkenaan aduan kes-kes lain," menurut kenyataan MFL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan FC
#hukuman sekatan perpindahan pemain
#Liga Super
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan