SUKAN
Kelantan Red Warrior FC sahkan dikena sekatan perpindahan oleh FIFA
Kelantan Red Warrior FC berkata sekatan berkenaan berpunca daripada laporan yang dibuat oleh Pol Corpas, bersama peguamnya. - Foto FB Kelantan Red Warrior FC
KUALA LUMPUR: Pengurusan Kelantan Red Warrior FC mengesahkan kelab itu dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak 19 Disember lalu, sekali gus menjejaskan beberapa urusan kelab termasuk pendaftaran pemain baharu.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan hari ini, kelab berkenaan memaklumkan sekatan atau FIFA Transfer Ban itu menyebabkan proses pendaftaran pemain tergendala.
Menurut Kelantan Red Warrior FC, sekatan berkenaan berpunca daripada laporan yang dibuat oleh Pol Corpas, bersama peguamnya yang didakwa cuba mengaitkan pasukan itu dengan bekas kelab pemain berkenaan.
Ia sekali gus membawa kepada tuntutan yang mendorong FIFA menjatuhkan hukuman tersebut.
"Kami menafikan sekeras-kerasnya keterlibatan dengan mana-mana kelab sebelum ini di mana pada awal musim tempoh hari, kami telah memberi penjelasan rasmi kepada FIFA dan telah diterima sehingga kami boleh mendaftarkan pemain untuk beraksi pada musim ini.
"Isu ini timbul semula selepas kami cuba mendaftarkan pemain import baharu sempena perpindahan kedua yang telah dibuka," katanya dalam kenyataan tersebut.
Kelab itu turut menegaskan bahawa Pol Corpas, yang berkhidmat dengan bekas kelabnya pada musim 2022/2023, sepatutnya mengemukakan sebarang tuntutan atau perkara berbangkit kepada pihak pengurusan bekas kelab berkenaan yang masih wujud sehingga kini.
"Kami ingin menegaskan bahawa Kelantan Red Warrior FC ditubuhkan pada tahun 2024 dan tidak terbabit dengan sebarang permasalahan berkaitan bekas kelab tersebut," tambahnya.
Selain itu, pengurusan kelab memaklumkan bahawa pentadbiran semasa mengambil alih pengurusan kelab daripada pihak terdahulu bermula Ogos 2025, sekali gus menunjukkan pentadbiran kelab ketika ini adalah 100 peratus berbeza dan tidak terbabit dengan isu yang menjadi punca laporan berkenaan.
Sehubungan itu, pengurusan kelab menasihatkan semua pihak, khususnya penyokong setia, supaya mendapatkan makluman rasmi terus daripada pihak kelab berhubung sebarang isu yang tular.
Kelab turut menyeru penyokong agar terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kelantan Red Warrior FC demi memastikan kejayaan berterusan sehingga ke penghujung musim ini.
Ringkasan AI
- Kelantan Red Warrior FC dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh FIFA sejak 19 Disember lalu, menjejaskan pendaftaran pemain baharu serta urusan kelab.
- Sekatan itu berpunca daripada laporan pemain, Pol Corpas, yang cuba mengaitkan pasukan dengan bekas kelabnya, menyebabkan FIFA menjatuhkan hukuman tersebut.
- Pengurusan kelab menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam sebarang masalah bekas kelab Pol Corpas, menasihatkan penyokong supaya dapatkan makluman rasmi berhubung isu yang berlaku.
Dalam satu kenyataan hari ini, kelab berkenaan memaklumkan sekatan atau FIFA Transfer Ban itu menyebabkan proses pendaftaran pemain tergendala.
Menurut Kelantan Red Warrior FC, sekatan berkenaan berpunca daripada laporan yang dibuat oleh Pol Corpas, bersama peguamnya yang didakwa cuba mengaitkan pasukan itu dengan bekas kelab pemain berkenaan.
Ia sekali gus membawa kepada tuntutan yang mendorong FIFA menjatuhkan hukuman tersebut.
"Kami menafikan sekeras-kerasnya keterlibatan dengan mana-mana kelab sebelum ini di mana pada awal musim tempoh hari, kami telah memberi penjelasan rasmi kepada FIFA dan telah diterima sehingga kami boleh mendaftarkan pemain untuk beraksi pada musim ini.
"Isu ini timbul semula selepas kami cuba mendaftarkan pemain import baharu sempena perpindahan kedua yang telah dibuka," katanya dalam kenyataan tersebut.
Kelab itu turut menegaskan bahawa Pol Corpas, yang berkhidmat dengan bekas kelabnya pada musim 2022/2023, sepatutnya mengemukakan sebarang tuntutan atau perkara berbangkit kepada pihak pengurusan bekas kelab berkenaan yang masih wujud sehingga kini.
"Kami ingin menegaskan bahawa Kelantan Red Warrior FC ditubuhkan pada tahun 2024 dan tidak terbabit dengan sebarang permasalahan berkaitan bekas kelab tersebut," tambahnya.
Selain itu, pengurusan kelab memaklumkan bahawa pentadbiran semasa mengambil alih pengurusan kelab daripada pihak terdahulu bermula Ogos 2025, sekali gus menunjukkan pentadbiran kelab ketika ini adalah 100 peratus berbeza dan tidak terbabit dengan isu yang menjadi punca laporan berkenaan.
Sehubungan itu, pengurusan kelab menasihatkan semua pihak, khususnya penyokong setia, supaya mendapatkan makluman rasmi terus daripada pihak kelab berhubung sebarang isu yang tular.
Kelab turut menyeru penyokong agar terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kelantan Red Warrior FC demi memastikan kejayaan berterusan sehingga ke penghujung musim ini.
#FIFA Transfer Ban
#Kelantan Red Warrior FC
#bola sepak malaysia
#FIFA
#sekatan perpindahan
#terkini