awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Euro 2024: Cristiano Ronaldo rasmi tercatat dalam Rekod Dunia Guinness

Astro Arena
Astro Arena
21/06/2023
03:50 MYT
Kelayakan Euro 2024: Cristiano Ronaldo rasmi tercatat dalam Rekod Dunia Guinness
Ronaldo memahat peristiwa itu dengan menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-89 ke atas menentang Iceland pada kelayan Euro 2024. - Stadium Astro
CRISTIANO RONALDO sentiasa mencipta suasana luar biasa pada malam ketika dia menerima cenderamata atas penampilan antarabangsanya yang ke-200.
Sebelum sepak mula, penyerang Al-Nassr itu menerima sijil daripada Rekod Dunia Guinness selepas muncul pemain lelaki terbanyak membuat penampilan di peringkat kebangsaan.
Yang paling hampir dengan catatan Ronaldo itu ialah Bader Al-Mutawa yang menyarung jersi Kuwait iaitu sebanyak 196 kali.
Ronaldo memahat peristiwa itu dengan menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-89 ke atas menentang Iceland yang kehilangan seorang pemain akibat kad merah ke atas Willum Thor Willumson.
Ronaldo menerima sijil daripada Rekod Dunia Guinness selepas muncul pemain lelaki terbanyak membuat penampilan di kebangsaan. - Stadium Astro
Ronaldo menerima sijil daripada Rekod Dunia Guinness selepas muncul pemain lelaki terbanyak membuat penampilan di kebangsaan. - Stadium Astro
Pemain berusia 38 tahun itu menanduk masuk umpanan Goncalo Inacio dan meraikannya dengan meriah di sebalik campur tangan video bantuan pengadil (VAR) kerana berpotensi ofsaid.
Jaringan di Reykjavik itu membantu Portugal menerajui Kumpulan J, Kelayakan Euro 2024 dengan dua mata di depan Slovakia yang turut menang 1-0 di laman Liechtenstein.
Ronaldo membuat kemunculan bersama Portugal ketika berdepan Kazakhstan pada Ogos 2003. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#rekod dunia Guinness
#penampilan antarabangsa terbanyak
#Portugal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan