BRUNO Fernandes menjaringkan dua gol di penghujung permainan ketika Portugal menang 3-0 ke atas Bosnia dan Herzegovina awal pagi tadi untuk mengekalkan rekod sempurna mereka dalam kelayakan Euro 2024.
Bernardo Silva membuka jaringan sejurus sebelum rehat di Estadio da Luz di Lisbon, dan bintang Manchester United, Fernandes, menanduk masuk gol kedua ketika permainan berbaki 13 minit.
Dia kemudian mendapat gol kedua dan ketiga Portugal dalam masa kecederaan; Portugal kini telah menjaringkan 13 gol dan tidak dibolosi semasa memenangi tiga perlawanan pembukaan mereka dalam Kumpulan J.
Hasilnya, mereka menduduki tangga teratas bahagian enam pasukan, dua mata di depan Slovakia dan lima di atas Luxembourg, dengan dua pasukan teratas mara ke pusingan akhir tahun depan di Jerman.
Skuad Portugal bimbingan Roberto Martinez melawat Iceland pada hari Selasa, apabila satu lagi kemenangan akan membawa pemenang Euro 2016 itu selangkah lebih dekat untuk memastikan kelayakan.
Cristiano Ronaldo memakai lilitan kapten dan bermain sepanjang 90 minit ketika pemegang rekod penampilan antarabangsa lelaki berusia 38 tahun itu memenangi kap ke-199.
Bagaimanapun, penyerang yang kini bermain untuk Al Nassr di Arab Saudi tidak berjaya menambah rekod 122 gol antarabangsanya -- dia menemui jaringan dengan tandukan pada pertengahan separuh masa pertama hanya dinafikan oleh bendera ofsaid.
Sebaliknya, Silva, yang membantu Manchester City memenangi Liga Juara-Juara hujung minggu lalu, membuka jaringan seminit sebelum rehat.
Bosnia, dengan Edin Dzeko yang berusia 37 tahun mendahului serangan mereka, gagal mendapatkan gol penyamaan dan Portugal menjaringkan gol sekali lagi pada minit ke-77 ketika Fernandes menanduk masuk gol daripada hantaran lintang Ruben Neves.
Fernandes kemudian mengesahkan kemenangan Portugal apabila dia tenang mengawal sebelum melepaskan rembatan menembusi gawang.
Astro Arena
Sun Jun 18 2023
Aksi Bruno Fernandes meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika perlawanan kumpulan J Kelayakan Euro 2024 antara Portugal dan Bosnia and Herzegovina, di Stadium Luz, Lisbon, Portugal, 17 Jun 2023. (Foto AP)
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Portugal teruskan rentak kemenangan
CRISTIANO Ronaldo meledak dua gol ketika Portugal membelasah Bosnia dan Herzegovina 5-0 pada Selasa dalam kelayakan Euro 2024.
Kelayakan Euro 2024: Zaniolo, Tonali tinggalkan kem Itali berikutan siasatan
Pemain Newcastle, Sandro Tonali, dan penyerang Aston Villa, Nicolo Zaniolo, kedua-duanya telah meninggalkan kem latihan Itali.
Perlawanan persahabatan Scotland-England bukan sekadar aksi pemanas badan - Kyle Walker
Walker menafikan bahawa mereka telah memandang rendah seteru mereka itu dalam Kumpulan C, kelayakan Euro di Poland semalam.
Kepahlawanan Saka julang England
Hatrik Bukayo Saka membantu England mengukuhkan cengkaman Kumpulan C selepas menewaskan Macedonia Utara 7-0 dalam kelayakan Euro 2024.