Kelayakan Euro 2024: Perancis peroleh kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan

Astro Arena
Mac 25, 2023 00:00 MYT
Antoine Griezmann (kanan) berebut bola dengan pemain pasukan lawan Xavi Simons ketika perlawanan kelayakan Euro 2024 kumpulan B antara Perancis dan Belanda di Stade de France, Saint Denis, Perancis, 24 Mac 2023. (Foto AP)
PERANCIS memenangi perlawanan pertama sejak kekalahan di final Piala Dunia apabila mengatasi Belanda 4-0 di Stade de France bagi memulakan kelayakan Euro 2024 dengan penuh bergaya.
Antoine Griezmann meletakkan Perancis di hadapan selepas menerima lorongan kapten pasukan Kylian Mbappe, sebelum Dayot Upamecano menggandakan kelebihan dalam tempoh lapan minit selepas Jasper Cillessen gagal menampan keluar bola daripada sepakan percuma Les Bleus.
Mbappe membesarkan jurang kepada tiga jaringan sebelum menggandakan jaringan dalam separuh masa kedua bagi memastikan skuad kendalian Didier Deschamps memperoleh kemenangan dalam aksi pembukaan Kumpulan B.
The Oranje kelihangan beberapa tonggak utama menjelang perlawanan tersebut ekoran masalah kesihatan, dengan Memphis Depay gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung permainan menambah perit dalam kekalahan mereka di tempat lawan.

3 - France had not led by 3 goals so early in a game (20 minutes and 47 seconds) since 17 December 1953 against Luxembourg (10th minute, 8-0 at the end). Roadrunner. https://t.co/rxMGI3kOrb

— OptaJean (@OptaJean) March 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Euro 2024 #Perancis #Belanda #Antoine Griezmann