SUKAN
Kelayakan Piala Asia 2027: Dimalukan Harimau Malaya, jurulatih Vietnam mohon maaf kepada penyokong
Ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik mengakui terkejut dengan kekalahan besar 0-4 di tangan Harimau Malaya dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik mengakui terkejut dengan kekalahan besar 0-4 di tangan Harimau Malaya dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Menurut beliau, pasukannya tidak menjangkakan kekalahan dengan margin sedemikian dan menerima sepenuhnya tanggungjawab atas keputusan mengecewakan itu.
"Ia satu keputusan yang tidak dijangka. Saya tahu penyokong sangat kecewa dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Sang-sik turut mengakui kekuatan barisan Harimau Malaya yang menurutnya dibarisi ramai pemain berkualiti, termasuk dari luar negara.
"Dalam perlawanan ini, Malaysia sangat kuat. Mereka ada ramai pemain dari luar negara – itu fakta yang kami perlu terima," ujarnya.
Vietnam dikejutkan dengan empat jaringan daripada skuad kendalian Kim Pan-gon menerusi Joao Vitor Figueireido, Paulo Josué Holgado, Corbin Ong dan Dion Cools.
Kekalahan itu merupakan antara yang terbesar pernah dialami Vietnam dalam sejarah pertemuan menentang Malaysia, sekali gus meletakkan mereka dalam kedudukan sukar untuk saingan seterusnya.
Sang-sik turut memohon maaf kepada penyokong Vietnam yang hadir di stadium dan yang menonton dari rumah.
"Saya mohon maaf kepada semua penyokong, sama ada yang hadir di stadium atau yang menyokong dari rumah. Kami tidak beraksi seperti yang diharapkan," katanya.

#harimau Malaya
#Vietnam
#jurulatih Vietnam mohon maaf
#Kelayakan Piala Asia 2027
#Stadium Nasional Bukit Jalil