Kelayakan Piala Asia: 6 pemain Selangor, 3 bintang luar negara, satu muka baru dipanggil

Junior Eldstal, Corbin Ong dan Arif Aiman Hanapi terus menjadi sandaran kem negara bagi mengekalkan rekod bersih tanpa kalah Kumpulan F. - Gambar fail/Stadium Astro
11 pertahanan dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) 18 November ini.
Tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Matthew Davies, kembali tersenarai memperkuat skuad Harimau Malaya selepas terlepas panggilan lalu.
Junior Eldstal, Corbin Ong dan Arif Aiman Hanapi terus menjadi sandaran kem negara bagi mengekalkan rekod bersih tanpa kalah Kumpulan F.
Harith Haiqal Adam Afkar, Faisal Halim, Aliff Izwan Yuslan, Nooa Laine, Quentin Cheng dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman merupakan wakil enam wakil Selangor ditagih ketua jurulatih, Peter Cklamovski. Dion Cools, Sergio Aguero dan Endrick dos Santos antara tiga bintang luar negara terus mendapat panggilan antarabangsa bersama Harimau Malaya menggalas misi tersendiri.
Berdasarkan itu, Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski telah mengekalkan seramai 24 pemain daripada skuad menentang Laos seorang lagi pemain daripada skuad bawah 23 tahun (B-23) tahun iaitu, Aliff Izwan Yuslan.
Pengendali kelahiran Australia itu turut membawa masuk seorang muka baharu iaitu pemain Kuala Lumpur (KL) City, Ryan Lambert.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


