SUKAN
Kelayakan Piala Asia: Apa yang kami bina sangat istimewa - Cklamovski
Cklamovski memaklumkan kondisi pemain berada dalam keadaan terbaik untuk membawa cabaran negara dalam aksi kelima Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal esok. - Foto Stadium Astro
KETUA jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, berkongsikan hubungan yang dibina dalam skuad kebangsaan sejak hari pertama kehadirannya sehingga kini sebagai 'sangat istimewa'.
Ringkasan AI
Selain misi meneruskan momentum untuk meraih tiga mata, jurulatih berusia 47 tahun itu turun menyatakan bahawa kondisi pemain berada dalam keadaan terbaik untuk membawa cabaran negara dalam aksi kelima Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal esok.
"Kami bersedia, pemain dalam keadaan baik daripada aspek mental fizikal.
"Mereka (Nepal) bertukar jurulatih beberapa minggu lalu, mereka lawan yang sukar. Paling penting adalah bagaimana kami mengawal permainan. Kami hanya mahu mempamerkan aksi bola sepak terbaik kepada penyokong.
"Mereka dilihat sangat bermotivasi, kami menghormati mereka. Penting buat kami mempamerkan aksi terbaik untuk menginspirasi negara," katanya pada sidang media praperlawanan kelayakan Piala Asia 2027 Malaysia menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Ketika ditanya mengenai kehadiran Luqman Hakim Shamsudin dalam skuad kebangsaan, dia berkongsikan: "Kami sudah memerhati prestasi dia sejak dia kembali ke Liga Super, dia pemain yang bagus dan mempunyai potensi seperti pemain lain.
"Daripada hari pertama sehingga sekarang, proses sangat menjanjikan. Para pemain sangat menginsipirasi saya. Apa yang kami bina sangat istimewa," katanya lagi.
-- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Peter Cklamovski menekankan hubungan istimewa yang dibina dalam skuad Harimau Malaya sejak kehadirannya.
- Jurulatih itu menyatakan pemain dalam keadaan terbaik untuk menghadapi Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 esok.
- Kehadiran Luqman Hakim Shamsudin turut disokong oleh Cklamovski, menyifatkan pemain itu sebagai yang memiliki potensi tinggi dan proses pembinaan pasukan sangat menjanjikan.