SUKAN
Kelayakan Piala Asia B-23: Harimau Muda benam Mongolia 7-0

Malaysia tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Aliff Izwan pada minit ke-13 sebelum Ahmad Aysar Hadi menggandakan jaringan selang dua minit kemudian. - Gambar Facebook Malaysia NT
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara menghidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026 selepas membelasah Mongolia 7-0 pada aksi kedua Kelayakan Kumpulan F di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand, hari ini.
Malaysia tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Aliff Izwan pada minit ke-13 sebelum Ahmad Aysar Hadi menggandakan jaringan selang dua minit kemudian.
Fergus Tierney kemudian menjadi wira skuad Harimau Muda apabila meledak hatrik pada minit ke-36, 46 dan 48 untuk menjadikan kedudukan 5-0.
Muhammad Aliff sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-56 sebelum Ziad El Basheer melengkapkan pesta gol negara dengan jaringan pada minit ke-68.Kemenangan sulung itu menyaksikan Malaysia meraih tiga mata pertama untuk menghuni tangga ketiga Kumpulan F di belakang Lubnan dan tuan rumah, Thailand, yang turut mengumpul tiga mata.
Rabu lepas, Malaysia membuka kempen dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Lubnan.
Skuad Harimau Muda selepas ini akan berdepan Thailand pada aksi terakhir kumpulan, Selasa depan.
Kemenangan sulung itu meletakkan Malaysia di tangga ketiga Kumpulan F, di belakang pendahulu, Lubnan B-23 di tempat pertama, dan Thailand B-23 kedua biarpun masing-masing berkongsi tiga mata setakat ini.
Skuad negara akan memberi fokus untuk bertemu pasukan remaja Gajah Perang dalam aksi terakhir kumpulan, Selasa depan.
Hanya 11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir di Arab Saudi pada Januari depan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami