[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SUKAN

Kelayakan Piala Asia: Bahang Malaysia - Bahrain semakin membara

Ridauddin Daud 11/06/2022 | 09:06 MYT
Antara yang paling bersemangat, pastinya Ultras Malaya yang sejak jam 3.00 petang tadi sudah berkumpul di pusat bandar sebelum menaiki LRT ke Bukit Jalil. - Astro AWANI/Ridauddin Daud
BUKIT JALIL: Kurang empat jam sebelum Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain malam ini, kehangatannya semakin terasa di sekitar Lembah Klang.
Bukan hanya di alam realiti, di alam maya juga semakin membara semangatnya dengan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya dijangka memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
Antara yang paling bersemangat, pastinya Ultras Malaya yang sejak jam 3.00 petang tadi sudah berkumpul di pusat bandar sebelum menaiki LRT ke Bukit Jalil.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video yang tular di media sosial menunjukkan ratusan penyokong bersorak dan menyanyikan lagu semangat Ultras Malaya di hadapan sebuah kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur.
Ciapan di laman Twitter rasmi Ultras Malaya pula - pada jam 4.30 petang tadi - menunjukkan mereka sudah tiba di Stesen LRT Bukit Jalil.
Suasana di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. - Astro AWANI
Puluhan ribu penyokong pasukan bola sepak kebangsaan dijangka memenuhi stadium malam ini bagi menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E membabitkan Malaysia dan Bahrain.
Kedua-dua pasukan memburu kemenangan kedua pada malam ini selepas masing-masing mencatatkan kemenangan ketika bertemu lawan, Bangladesh dan Turkmenistan pada Khamis lepas.
Kelayakan Piala Asia | Bahang Malaysia-Bahrain semakin membara
#Malaysia #Bahrain #bola sepak #harimau Malaya #Stadium Nasional Bukit Jalil #Ultras Malaya #kelayakan Piala Asia 2023