KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak wanita negara diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand dan Palestin, pada pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang akan berlangsung bermula 13 hingga 25 Sept ini.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan berkata sebanyak 28 pasukan telah diundi dalam empat kumpulan melibatkan empat pasukan dan empat kumpulan terdiri daripada tiga pasukan pada majlis undian yang diadakan di ibu pejabatnya, AFC House di Bukit Jalil, hari ini.
Juara bagi setiap kumpulan akan layak ke Kejohanan Premier antara 12 pasukan kebangsaan wanita di benua ini. Tuan rumah India, serta tiga pasukan terbaik edisi 2018 - Jepun, Australia dan China, telah melayakkan diri ke kejohanan tersebut yang akan diadakan dari 20 Jan hingga 6 Feb 2022.
Sementara itu, undian bagi aksi playoff pusingan ketiga kelayakan Piala Asia China (lelaki) 2023 menyaksikan Indonesia bakal berdepan Taiwan, sementara Guam akan menentang Kemboja.
Pemenang bagi dua perlawanan timbal balik pada 7 Sept dan 12 Okt ini akan mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia.
Skuad Harimau Malaya mengesahkan tempat mereka di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia setelah menduduki tangga ketiga Kumpulan G pusingan kedua, baru-baru ini.
Undian Kelayakan Piala Asia Wanita AFC (India) 2022
----------------------------------------------------------------------------
Kumpulan A: Taiwan, Bahrain, Turkmenistan, Laos.
Kumpulan B: Vietnam, Tajikistan, Maldives, Afghanistan.
Kumpulan C: Korea Utara, Singapura, Iraq, Indonesia.
Kumpulan D: Myanmar, Emiriah Arab Bersatu, Guam, Lubnan.
Kumpulan E: Korea Selatan, Uzbekistan, Mongolia.
Kumpulan F: Filipina, Hong Kong, Nepal.
Kumpulan G: Jordan, Iran, Bangladesh.
Kumpulan H: Thailand, Palestin, MALAYSIA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Skuad bola sepak wanita negara diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand dan Palestin. - Gambar fail/ FAM
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Skuad Harimauwati Malaya jalani latihan di Bangladesh
Ia sebagai persediaan mengharungi Kejohanan Bolasepak Wanita Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) 2022 di Filipina, Julai ini.
Kelayakan Piala Asia: Malaysia diundi dalam kumpulan H bersama Thailand, Palestin
Skuad bola sepak wanita negara diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand dan Palestin, pada pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang akan berlangsung bermula 13 hingga 25 Sept ini.
Padah bermulut lancang di Rio, Hope Solo digantung enam bulan
Penggantungan dibuat susulan komen kontroversi pemain itu selepas tewas kepada Sweden menerusi penentuan sepakan penalti di Rio.