[TERKINI] Ikuti pembentangan Bajet 2026 secara langsung – video tumpuan, undian anda serta analisis penuh di sini!
SUKAN

Kelayakan Piala Asia: "Tidak lupa kepada tujuh pemain, mereka tetap rakyat Malaysia" - Arif Aiman

Astro Arena 10/10/2025 | 04:02 MYT
Arif Aiman menjaringkan gol pertama dalam kemenangan 3-0 Malaysia ke atas Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027. - Stadium Astro
"MEREKA tetap rakyat Malaysia"


Ringkasan AI
  • Arif Aiman Hanapi menyatakan sokongan terhadap tujuh pemain Malaysian Abroad yang digantung oleh FIFA atas isu pemalsuan dokumen, menegaskan mereka tetap rakyat Malaysia.
  • Arif menjaringkan gol pertama dalam kemenangan 3-0 Malaysia ke atas Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027, walaupun pasukan beraksi tanpa tujuh pemain yang digantung.
  • Malaysia kini mendahului Kumpulan F dengan sembilan mata selepas tiga perlawanan, dan Arif turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong serta Tunku Mahkota Johor atas sokongan berterusan.


Itu antara ucapan penggempur Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, yang sentiasa memberikan sokongan buat tujuh pemain Malaysian Abroad yang dikenakan hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung pemalsuan dokumen sebelum ini.

Arif menjadi watak penting selepas melunaskan hajat tiga mata negara apabila membuka tirai jaringan pertama negara ketika membantu Malaysia menewaskan Laos 3-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional New Laos malam tadi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Anak buat Peter Cklamovski turun tanpa tujuh pemain iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, telah dikenakan penggantungan 12 bulan.

"Tahniah kepada semua pemain yang beraksi, tidak lupa juga kepada tujuh pemain yang diberikan hukuman, mereka tetapi pemain dan rakyat Malaysia. Kami mendoakan.

"Terima kasih penyokong terbesar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim," katanya.

Malaysia kini menungguli saingan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan sembilan mata selepas tiga perlawanan. -- Stadium Astro




#kelayakan piala Asia #Arif Aiman Hanapi #harimau Malaya #laos #TMJ