PETALING JAYA: Saingan Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 lebih menjadi keutamaan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berbanding Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan kendalian Kim Pan Gon bakal memperoleh lebih banyak manfaat sekiranya berjaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Beliau berkata pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 menjadi platform tepat menguji tahap kemampuan Harimau Malaya bagi menyaingi kehebatan pasukan menghuni ranking lebih tinggi di peringkat Asia mahupun dunia antaranya Jepun, Australia serta Iran, sesuatu yang amat jarang berlaku bagi mereka.
Menurut Hamidin skuad kebangsaan juga bakal mengumpul mata lebih tinggi sekiranya beraksi dalam pusingan tersebut sekali gus meningkatkan kedudukan Harimau Malaya berbanding apa dinikmati mereka pada aksi persahabatan.
"Saingan Piala Asia di Qatar bukanlah sesuatu yang tidak mustahak kerana setelah 42 tahun kita sudah layak dan ia satu kejayaan bermain di sana.
"Namun, jika dapat layak ke peringkat seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2026, kita boleh cipta sejarah iaitu pasukan kita dapat jadi 18 pasukan terbaik dan bermain 10 perlawanan bertaraf dunia, halaman sendiri dan tempat lawan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Justeru, Hamidin berkata amat penting buat penyokong Harimau Malaya menunjukkan sokongan padu termasuk membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi meniup semangat kepada pemain ketika aksi pembukaan Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang pasukan ke-97 dunia Kyrgyzstan, Khamis ini, seterusnya aksi di tempat lawan menentang Taiwan (152 dunia), pada 21 Nov.
Beliau mengakui peminat sudah semestinya mengimpikan untuk melihat Harimau Malaya maju lebih setapak lagi setelah meniti kejayaan membanggakan di bawah kendalian Pan Gon termasuk mara ke Piala Asia 2023 buat kali pertama dalam masa 42 tahun.
Selepas dua perlawanan bulan ini, Malaysia di kedudukan ke-137 dunia, dijadual bertemu pasukan ke-72 dunia Oman di tempat lawan dan sendiri tahun hadapan masing-masing pada 21 dan 26 Mac, bertemu Kyrgyzstan di Bishek pada 6 Jun dan menentang Taiwan pada 11 Jun di Malaysia.
Mengikut format pertandingan, dua pasukan terbaik kumpulan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan layak ke Piala Asia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.
Bagi saingan pusingan ketika kelayakan Piala Dunia, 18 pasukan yang layak akan dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan dua pasukan terbaik akan mara ke Piala Dunia 2026.
Pasukan ketiga dan keempat setiap kumpulan pula akan layak ke pusingan keempat kelayakan dan dipecahkan kepada dua kumpulan dengan juara setiap kumpulan layak ke Piala Dunia 2026 manakala naib juara akan beraksi dalam pusingan playoff menentang pasukan dari benua lain.
Piala Dunia 2026 akan dihoskan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat secara bersama dengan format baharu 48 pasukan, berbanding 32 pasukan sebelum ini.
Juara tiga kali Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Piala Asia buat kali pertamanya pada 2027.
Bagi pusingan akhir Piala Asia 2023, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ranking Indonesia kini tujuh anak tangga di atas Malaysia
Kemas kini terbaharu yang dikeluarkan FIFA menyaksikan Indonesia melonjak naik lima anak tangga di ranking ke-125 dunia.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Meskipun dilanda krisis, perjuangan Palestin buat Son Heung-min terharu
Pemain berusia 32 tahun itu memuji ketabahan skuad Palestin masih mampu mempamerkan persembahan terbaik meskipun tidak beraksi di laman sendiri.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Bahrain mohon tukar venue, terima ancaman penyokong Indonesia
Perkara tersebut disuarakan selepas tindakan penyokong Indonesia yang berang dengan keputusan 2-2 ketika bertemu Bahrain 11 Oktober lalu.
Kelayakan Piala Dunia 2026: China buat Indonesia berputih mata
Kedua-dua pasukan turun dalam aksi malam tadi mencari kemenangan bagi membuka peluang mereka untuk membawa cabaran ke peringkat seterusnya.
Indonesia kini huni tangga 129 dunia, pintas kedudukan Malaysia
Indonesia memperbaiki kedudukan ranking selepas mempamerkan kejutan mengikat dua gergasi bola sepak dunia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara Palestin dan Jordan di Malaysia
Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Palestin dan Jordan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 10 Sept depan.
Buktikan mampu menang tanpa Faisal, Arif Aiman
Sulaiman berkata, ketiadaan kedua-dua pemain itu membuka ruang buat pemain lain yang dipanggil untuk menyerlahkan keupayaan mereka.
Kekalahan kepada Oman bukan pengakhiran - Pan Gon
Keajaiban diharap pada perlawanan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan saingan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Misi Harimau Malaya pertahan rekod tanpa kalah di Muscat mencabar
Malaysia berpeluang meneruskan aksi sensasi ketika berdepan Oman, pada perlawanan ketiga Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat.
Aksi menentang Oman penting buat Harimau Malaya - Josue
Kemenangan dalam kedua-dua pertemuan itu boleh menjadi kejayaan bersejarah, pertama kali Malaysia ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia.