SUKAN

Kelayakan Piala Dunia: Anggota skuad Uzbekistan dapat hadiah kereta BYD

Astro Arena 13/06/2025 | 10:30 MYT
Sebagai penghargaan, Presiden Uzbekistan menghadiahkan setiap pemain dan kakitangan sebuah kereta serta menganugerahkan pingat. - Stadium Astro
SETIAP pemain dan kakitangan kejurulatihan pasukan kebangsaan Uzbekistan menerima hadiah sebuah kereta selepas merakam kemenangan ke atas Qatar dalam perlawanan akhir kelayakan Asia Piala Dunia FIFA 2026 di Tashkent, yang menyaksikan tuan rumah menang 3-0.


Ringkasan AI
  • Pasukan kebangsaan Uzbekistan layak ke Piala Dunia FIFA 2026 buat kali pertama dalam sejarah, selepas kemenangan 3-0 ke atas Qatar dan keputusan seri dengan UAE.
  • Sebagai penghargaan, Presiden Uzbekistan menghadiahkan setiap pemain dan kakitangan sebuah kereta, serta menganugerahkan gelaran kehormat dan pingat atas pencapaian bersejarah itu.
  • Sebanyak 40 kereta BYD dibawa ke balapan selepas perlawanan, dengan kuncinya diserahkan kepada semua anggota pasukan kebangsaan.


Uzbekistan memastikan slot ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah berikutan seri dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika saingan kelayakan berbaki satu perlawanan.

Pencapaian pasukan yang diketuai oleh Timur Kapadze itu -- yang menggantikan ketua jurulatih dari Slovenia, Srecko Katanec — mendapat pengiktirafan sewajarnya apabila Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, menganugerahkan gelaran kehormat dan pingat serta pelbagai hadiah lagi.

Sebanyak 40 kereta BYD dibawa ke balapan selepas perlawanan. - Stadium Astro


Di penghujung permainan, 40 kereta BYD telah dibawa ke balapan, manakala kuncinya diserahkan kepada semua pemain dan ahli kakitangan kejurulatihan pasukan kebangsaan.

Uzbekistan menduduki tempat kedua kumpulan di belakang Iran untuk layak ke pusingan akhir. -- Stadium Astro





#pasukan kebangsaan Uzbekistan #terima hadiah kereta BYD #layak ke Piala Dunia #kemenangan ke atas Qatar