LIONEL Messi tidak tersenarai dalam skuad Argentina kendalian Lionel Scaloni memandangkan dia masih belum pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu sudah tidak beraksi hampir sebulan, dengan keputusan seri 1-1 Ligue 1 di Lorient pada hujung tahun lalu merupakan penampilan terakhirnya.
Dia dijangkiti pandemik itu ketika pulang meraikan Krismas di Argentina hingga menunda kepulangannya ke Perancis.
Messi nampaknya sudah bersedia untuk beraksi semula ketika mereka menghadapi Lyon, dua minggu lalu, tetapi PSG mendedahkan pemain itu masih perlu meneruskan pemulihannya, secara tidak langsung terlepas kemenangan 2-0 ke atas Brest minggu lalu.
Walaupun beberapa hari lalu menjelaskan dia hampir pulih di media sosialnya, ketua pasukan kebangsaan itu mengakui mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan asalnya.
Berdasarkan situasinya ketika ini, Argentina menganggap tiada gunanya mereka mempertaruhkan Messi atau mengganggu pemulihannya memandangkan mereka sudah pun layak ke Piala Dunia hujung tahun ini.
Argentina akan bertandang ke Chile sebelum menerima kunjungan Colombia lima hari kemudian, dengan kedua-dua lawan masih berjuang untuk merebut tempat dalam edisi Qatar 2022.
Baki perlawanan kelayakan membabitkan La Albiceleste yang lain adalah menentang Venezuela dan Ecuador pada Mac depan.
Astro Arena
Thu Jan 20 2022

Messi dijangkiti pandemik itu ketika pulang meraikan Krismas di Argentina hingga menunda kepulangannya ke Perancis. - Foto REUTERS

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

COVID-19 Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan, salah sebuah kejiranan mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung.

Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Kerjasama | PKNS-UiTM meterai MoU pelihara SACF
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF). Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Denggi | Pelepasan nyamuk Wolbachia kurangkan 40% kes
Pelepasan lebih tiga juta biji telur nyamuk Aedes Wolbachia mampu mengurangkan 40 peratus kes demam denggi di bandar raya Johor. Pelepasan telur itu dibuat secara 14 peringkat yang mengambil masa dua tahun 20 minggu.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, 'memaksa' guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

Pique menangis ketika Messi tinggalkan Barcelona
Hubungan Messi selama 21 tahun dengan Barcelona berakhir Ogos lalu apabila dia menandatangani kontrak dengan PSG.

Gaji Messi paling lumayan
Bintang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi mengatasi pemain bola keranjang NBA, LeBron James dan Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling lumayan pada tahun lepas.

Barcelona enggan ikut jejak langkah Man Utd dalam era pasca Messi - Xavi
Xavi berkata gergasi Catalan itu tidak mampu untuk mengikut pergelutan dihadapi Manchester United baru-baru ini.

Jaringan Messi pastikan PSG julang gelaran Ligue 1 ke-10
PSG hanya memerlukan satu mata di laman sendiri ketika bertemu Lens semalam untuk melengkapkan kejuaraan.

PSG hilang Messi, Neymar untuk sahkan gelaran Ligue 1
Setelah kehilangan Neymar akibat penggantungan, Pochettino mengesahkan Messi antara nama yang akan terlepas perlawanan itu.

Rooney tenang dilabel dengki oleh Ronaldo
Wayne Rooney menegaskan Lionel Messi satu-satunya pemain yang tidak mencemburui Ronaldo ketika membalas kecaman bekas rakan sepasukannya itu selepas dia mengkritik kepulangan penyerang ke MU

Kelayakan Piala Dunia: Suarez pintas rekod jaringan Messi
Suarez kini menemui jaringan 29 kali buat negaranya dalam 62 aksi kelayakan Piala Dunia, satu gol lebih daripada Messi.

Messi tiada dalam perancangan Barcelona - Laporta
Messi meninggalkan Barcelona musim lalu berikutan masalah kewangan kelab itu, yang menghalang pemain terbaik dunia berkenaan menandatangani kontrak baharu.

Messi akhiri kemarau jaringan ketika atasi Lille
Messi menghasilkan penyudah licik untuk gol ketiga PSG, dengan Danilo Pereira menjaringkan dua gol.

Kelayakan Piala Dunia: Argentina tidak senaraikan Messi
Penyerang PSG itu sudah tidak beraksi hampir sebulan.