AUSTRALIA 0 PERU 0
(Australia menang penentuan penalti 5-4)
Australia layak ke Piala Dunia Qatar 2022 dengan menewaskan Peru 5-4 dalam penentuan penalti selepas aksi sebenar perlawanan playoff antara benua di Doha itu berakhir tanpa sebarang jaringan awal pagi tadi.
Ketua jurulatih Socceroos, Graham Arnold, melakukan tindakan berani apabila mengeluarkan penjaga gol dan ketua pasukan, Mather Ryan, untuk digantikan dengan Andrew Redmayne dalam penentuan penalti itu, di mana pemain gantian berusia 33 tahun berkenaan kemudian menyelamatkan sepakan Alex Valera untuk memastikan tiket kelayakan buat Australia.
Peru, yang berada di ranking ke-22 dunia, merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan berkenaan tetapi Australia muncul pasukan yang memberikan ancaman pada awal permainan, terutama menerusia Martin Boyle, yang mengatasi dua pertahanan Peru dari sebelah kanan sebelum melepaskan lintangan liar pada minit ke-23.
La Blanquirroja, bagaimanapun, hampir memperoleh gol kemenangan dalam masa tambahan, di mana pemain gantian, Edison Flores, melompat tinggi untuk melakukan tandukan ke 'far post' tetapi percubaannya sekadar hinggap ke palang gol lawan dan perlawanan itu terpaksa dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.
Kedua-dua pasukan hanya gagal sekali dalam lima sepakan pertama sebelum Awel Mabil menyempurnakan sepakannya dan Redmayne pula menyelamatkan tendangan Valera untuk Australia mara ke Piala Dunia buat kali keenam.
Dengan kemenangan itu, Socceroos akan menyertai Perancis, Denmark dan Tunisa dalam Kumpulan D apabila mereka kembali ke bumi Qatar bagi memulakan saingan Piala Dunia pada November depan.
Astro Arena
Tue Jun 14 2022

Pemain Australia Mitch Duke (kiri) dan pemain Peru Renato Tapia berebut bola dalam perlawanan playoff Piala Dunia 2022 antara Australia dan Peru di Al Rayyan, Qatar, 13 Jun 2022. (AP)

Bilangan mangsa banjir Sabah kembali meningkat
Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Terbuka Perancis: Rangkul gelaran grand slam ke-22, Djokovic ikrar mahu tambah koleksi
Djokovic mengekalkan rentak cemerlang menewaskan Tsitsipas untuk menyamai rekod Nadal yang mencatatkan 22 kemenangan grand slam.

Novak Djokovic juara Terbuka Australia buat kali ke-10
Kejuaraan ini sekali gus mengangkat nama Djokovic sebagai pemenang grand slam terbanyak bersama Rafael Nadal

Junta Myanmar tarik balik pengampunan ahli ekonomi Australia Sean Turnell
Junta tentera Myanmar membatalkan pengampunan penjara seorang ahli ekonomi dan penasihat dari Australia yang dibebaskan tahun lepas dan telah pun kembali ke negara asalnya.

Tenis Terbuka Australia: Kisah dongeng Magda Linette
Pemain bukan pilihan itu mengetepikan cabaran bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova 6-3, 7-5 di Melbourne.

Katak tebu gergasi sebesar bayi manusia dijumpai di Queensland
Amfibia itu dijumpai selepas seekor ular dilihat melintasi trek di kawasan hutan tersebut pada minggu lalu.

Tenis Terbuka Australia: Juara bertahan Nadal tersingkir awal
Rafael Nadal, bintang tenis Sepanyol dan juga juara bertahan, tersingkir awal pada pusingan kedua Terbuka Australia 2023 pada Rabu.

Tenis Terbuka Australia: Djokovic rasa amat disayangi, mulakan misi cipta sejarah
Novak Djokovic memulakan misinya di Melbourne untuk menyamai rekod 22 gelaran grand slam milik Rafael Nadal.

Tenis: Juara Grand Slam empat kali Naomi Osaka umum hamil
Pada minggu lalu, Osaka mengumumkan beliau menarik diri daripada kejohanan yang akan bermula pada 16 Januari di Melbourne itu.

Terbuka Australia: Pemain positif COVID-19 dibenar bertanding
Pemain tenis yang disahkan positif COVID-19 dibenarkan turun ke gelanggang Terbuka Australia, lapor dpa memetik ketua kejohanan Craig Tiley pada Isnin.

Polis Australia rampas wang tunai AS$1 juta, kokain, metilamfetamin di Sydney
Polis NSW mendakwa empat lelaki selepas merampas lebih 5kg kokain dan metilamfetamin serta wang tunai AUS$1.5 juta dolar.