SPORTS

Kelayakan Piala Dunia: Gol tunggal Paqueta hantar Brazil ke Qatar

Astro Arena 12/11/2021 | 04:05 MYT
Lucas Paqueta (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan bersama rakan sepasukan Antony dalam aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 antara Brazil dan Colombia di Stadium Neo Quimica Arena, Sao Paulo, 11 Nov, 2021. (Foto AP)
BRAZIL 1 COLOMBIA 0

Brazil layak ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas jaringan tunggal perlawanan oleh Lucas Paqueta dalam separuh masa kedua memastikan kemenangan 1-0 ke atas Colombia, sebentar tadi.

Skuad Selecao yang diterajui Tite itu sedar kemenangan berkenaan akan memastikan mereka menempah tempat mereka ke temasya Qatar 2022.

Walaupun gah tidak tumpas kepada Colombia dalam 13 perlawanan di peringkat kelayakan, pertemuan di Sao Paolo itu dijangka menghadirkan pengalaman berbeza memandangkan pasukan Samba berkenaan hanya menang sekali dalam enam pertemuan terakhir di antara mereka.

Tetapi gabungan Paqueta dan Neymar mempamerkan magis mereka pada minit ke-72 untuk tuan rumah kekal mendahului kempen kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan Brazil dengan melanjutkan rekod 12 tanpa kalah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#Piala Dunia Qatar 2022 #kelayakan Piala Dunia #Brazil #Colombia