awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Dunia: Griezmann selamatkan Perancis daripada diaib Bosnia-Herzegovina

Astro Arena
Astro Arena
02/09/2021
02:36 MYT
Kelayakan Piala Dunia: Griezmann selamatkan Perancis daripada diaib Bosnia-Herzegovina
Antoine Griezmann mengawal bola ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 kumpulan D antara Perancis dan Bosnia di Stadium La Meinau, Strasbourg, timur Perancis, 1 Sept, 2021. (Foto AP)
PERANCIS 1 BOSNIA-HERZEGOVINA 1 Perancis masih gagal menunjukkan kebangkitan selepas tersingkir secara mengejut daripada Euro 2020 bulan lalu dengan yang terbaru diikat 1-1 oleh Bosnia-Herzegovina dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di Strasbourg awal pagi tadi. Les Bleus, yang disingkirkan Switzerland menerusi penentuan sepakan penalti pusingan 16 Kejohanan Eropah itu, ketinggalan gara-gara jaringan Edin Dzeko pada minit ke-36 tetapi segera menyamakan kedudukan hasil sentuhan Antoine Griezmann berselang tiga minit. Pasukan bimbingan Didier Deschamps itu sepatutnya memburu kemenangan dalam perlawanan itu memandangkan ia dapat memberikan mereka kelebihan enam mata di depan pasukan di tangga kedua, Ukraine -- yang terikat 2-2 dengan Kazakhstan dalam satu lagi perlawanan -- memasuki separuh kedua saingan Kumpulan D. Bagaimanapun, harapan itu berakhir lebih awal apabila pemain yang baru sahaja melengkapkan perpindahannya daripada Sevilla kepada Chelsea, Jules Kounde, dilayangkan kad merah kerana terjahan lewatnya ke atas Sead Kolasinac pada minit ke-51. Seterusnya, Perancis akan berdepan Ukraine di Kiev manakala Bosnia-Herzegovina pula melayani kunjungan Kuwait hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#kelayakan Piala Dunia
#Perancis
#Bosnia-Herzegovina
#Antoine Griezmann
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan