awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Dunia: Mesir dakwa diserang penyokong Senegal sebelum perlawanan

Astro Arena
Astro Arena
30/03/2022
23:45 MYT
Kelayakan Piala Dunia: Mesir dakwa diserang penyokong Senegal sebelum perlawanan
Senegal menang 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti menewaskan Mesir, dalam perlawanan play-off Piala Dunia di Stade Abdoulaye Wade pada Selasa, 29 Mac 2022. - Foto Astro ARENA
MESIR mengadu mereka mengalami serangan bas dan mendakwa Mohamed Salah menjadi mangsa perkauman sebelum kekalahan play-off Piala Dunia yang huru-hara di Senegal.
Bantahan itu dibuat sebelum sepak mula di Stade Abdoulaye Wade, di mana Senegal membalas dendam kekalahan 1-0 pada perlawanan pertama dengan kemenangan dengan margin yang sama, sebelum memenangi penentuan sepakan penalti yang penuh kontroversi.
Apabila perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, pemain Mesir telah dihalakan lampu oleh penyokong tuan rumah ke arah mereka, menjadi kemungkinan gangguan apabila tiga pemain pelawat, termasuk pemain Liverpool, Mohamed Salah, gagal menyempurnakan penalti.
Ia membenarkan Senegal menang 3-1 dalam penentuan sepakan penalti, dengan rakan kelab Salah, Sadio Mane, menjaringkan gol kemenangan.
Ia merupakan hari yang mencabar bagi Mesir sebelum perlawanan bermula, dengan gambar yang disiarkan oleh persatuan bola sepak kebangsaan mereka menunjukkan bas pasukan itu telah terkena batu dalam perjalanan ke stadium, yang terletak tidak jauh di luar Dakar.
Satu tingkap pecah, manakala bukti yang disiarkan di media sosial oleh pihak berkuasa Mesir menunjukkan cermin depan yang kelihatan retak dan batu yang telah dilemparkan ke dalam kenderaan itu.
EFA berkata dalam satu kenyataan: "Mesir memfailkan aduan rasmi terhadap Senegal kerana serangan dan sepanduk perkauman.
"Pasukan Mesir dikenakan tindakan perkauman selepas sepanduk yang menyinggung muncul di stadium berdiri untuk pemain, khususnya Mohamed Salah, ketua pasukan. Ini telah didokumenkan dengan gambar dan video yang dilampirkan pada aduan itu."
Media Mesir berkata aduan itu telah difailkan kepada CAF -- Konfederasi Bolasepak Afrika -- dan badan induk dunia FIFA.
Topic Berkaitan
#kelayakan Piala Dunia
#perkauman
#serangan
#Mesir diserang penyokong Senegal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan