[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
SPORTS

Kelayakan Piala Dunia: Pemain naturalisasi berkualiti kunci kejayaan Indonesia

Astro Arena 12/06/2024 | 05:45 MYT
Selepas menewaskan Filipina 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F, Indonesia layak secara automatik ke Piala Asia 2027 dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. - Foto Stadium Astro
INDONESIA menjadi wakil tunggal dari Asia Tenggara berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Selepas menewaskan Filipina 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F, negara jiran itu layak secara automatik ke Piala Asia 2027 dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Indonesia membariskan pemain naturalisasi berkualiti seperti Justin Hubner (Cerezo Osaka), Jay Idzes (Venezia), Thom Haye (Heerenveen), Nathan Tjoe-A-On (Swansea City), Calvin Verdonk (NEC), Ragnar Oratmangoen (Fortuna Sittard) dan Rafael Struick (ADO Den Haag) yang beraksi bersama kelab divisyen satu di liga Eropah dan Asia dalam kesebelasan utama skuad Garuda.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, dalam tiga tahun terakhir Indonesia sudah memiliki 13 pemain naturalisasi yang bermain di liga Eropah.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro

#kelayakan Piala Dunia #Indonesia #pemain naturalisasi #layak secara automatik